Bantuan sara hidup diberi kepada petani, nelayan tidak lama lagi 0 6081

Kerajaan akan menyalurkan Bantuan Sara Hidup (BSH) musim tengkujuh kepada pekebun-pekebun kecil di negara ini dalam masa terdekat.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata bantuan itu akan turut diberikan kepada petani, nelayan, penoreh getah termasuk peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Beliau berkata kabinet pada Rabu lepas telah bersetuju menyalurkan bantuan tersebut selepas menerima laporan mengenai keadaan golongan berkenaan yang terjejas pendapatan disebabkan musim tengkujuh.

“Jumlah bantuan akan ditentukan oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,” katanya ketika ditemui pemberita pada Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara (Amanah) 2018 di sini hari ini.

Konvensyen tiga hari bermula hari ini bertemakan ‘Menggalas Amanah, Membina Negara’, dihadiri 1,000 anggota perwakilan dari 156 kawasan sah berdaftar serta kira-kira 3,000 pemerhati dari dalam dan luar negara.

Ditanya sama ada bantuan itu akan diberikan secara sekali sahaja, Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Amanah berkata perkara itu akan dibincangkan kemudian.

Terdahulu, Presiden Amanah Mohamad Sabu dalam pidato presiden berharap kerajaan dapat mengembalikan BSH musim tengkujuh kepada pekebun-pekebun kecil di negara ini.

Selain itu, Mohamad juga berharap supaya kerajaan dapat menangani masalah kejatuhan harga sawit yang memberi kesan besar kepada peneroka dan pekebun kecil.

“Amanah akan terus komited memperjuangkan agar kebajikan mereka lebih terpelihara di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan. Mereka inilah golongan yang paling terhimpit dengan keadaan ekonomi semasa.

“Pengumuman terbaru kerajaan untuk menaikkan harga lantai getah kepada RM2.50 sekilogram dan juga kenaikan skim harga subsidi padi kepada RM360 bagi satu tan amatlah dihargai,” katanya.

— Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13950

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13116

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news