Anak Sarawak juara WBPF ke 10 0 7320

KUCHING, Dis 15: Atlit bina badan negara dari Sarawak, Buda Anchah, melakar sejarah peribadi setelah memenangi pingat emas kategori master 80kg peringkat umur 40-49 tahun di Kejohanan World Bodybuilding Physique Sports Federation (WBPF) ke-10 kelmarin.

Berlangsung di Chiang Mai, Thailand, bermula 11 hingga 17 Dis, Buda mengatasi atlit Myanmar Tun Min di kedudukan perak dan atlit Ubekistan Farkhod Subkhankulov dikedudukan gangsa.

Dengan kejayaan pingat emas tersebut, atlit kelahiran Jaong, Sri Aman, itu mengulangi pencapaian beliau pada tahun 2013 di kejohanan sama yang diadakan di Budapest,Hungary.Buda, 46, turut memperolehi pingat perak kategori master 70kg pada kejohanan kali ini.

Ketika dihubungi DayakDaily hari ini, beliau yang masih berada di Chiang Mai berasa gembira diatas pencapaian tersebut yang sekaligus membolehkan beliau bergelar Mr World.

“Penat lelah menjalani latihan selama ini telah pun membawa kejayaan yang amat bermakna buat saya. Kejayaan di pentas dunia ini juga khas buat Malaysia dan Sarawak,”

Belum membuat keputusan untuk bersara setelah 26 tahun berkecimpung dalam sukan bina badan, Buda mengatakan akan terus menyeretai kejohanan di masa akan datang.

Beliau juga menyimpan hajat untuk membantu Sarawak melahirkan jaguh bina badan di masa akan datang.“Saya ada perancangan untuk melahirkan atlit pelapis sukan bina badan di negeri ini.

“Untuk mencapai matlamat itu, sudah tentu saya memerlukan sokongan dari Kerajaan Negeri Sarawak,” tegas beliau yang telah mewakili Malaysia dalam sukan bina badan sejak tahun 2006.

Buda juga menghadiahkan kejayaan tersebut kepada Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan yang telah banyak membantu.

Penghargaan juga beliau ucapkan kepada Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF), Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Bina Badan Sarawak (SBBA) dan Kelab Irin Hardcore Kota Samarahan. — DayakDaily

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ronaldo ledak gol ke-102 0 7603

Ronaldo ledak gol ke-102

LISBON: Cristiano Ronaldo semakin menghampiri rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman ketika juara Eropah, Portugal membelasah Andorra 7-0 dalam saingan persahabatan sebentar tadi.

Bintang Juventus itu masuk dari bangku simpanan untuk meledak jaringan ke-102 gol buat Portugal pada minit ke-85.

Bekas penyerang Iran, Ali Daei memegang rekod dengan 109 gol.

Portugal, yang meneruskan persiapan untuk mempertahankan Kejohanan Eropah tahun depan akan beraksi dalam Liga Negara-Negara berdepan Perancis awal pagi Ahad ini, mudah mengatasi Andorra. – Berita Harian

Spread the news

FAS mungkin tarik diri 0 5249

FAS mungkin tarik diri

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais menegaskan, pihaknya mungkin akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021.

Menurutnya, tindakan demikian terpaksa dilakukan sekiranya masalah kewangan dialami masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sedar pendekatan dilakukan bakal memberi tempias atau kesan terhadap pasukan yang beraksi dalam kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini.

“Mungkin kami akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021 sekiranya masalah kewangan yang dihadapi ketika ini masih gagal menemui jalan penyelesaian serta tiada pihak yang tampil untuk membantu.

“Memang tindakan berbuat demikian memberi tempias kepada pasukan yang berada di bawah naungan kita kelak,” jelas Datuk Posa kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Beliau menegaskan, tindakan menarik diri dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengelak musibah tersebut terus berpanjangan.

Musim ini lima pasukan di bawah badan induk berkenaan bersaing dalam liga anjuran FAM iaitu Sarawak United FC (Liga Premier), Sarawak United II Liga M3), Sarawak United III (Piala Presiden), Sarawak United IV (Piala Belia) dan Sarawak United (Liga Futsal FAM).

Justeru jika keputusan menarik diri terpaksa dilakukan maka secara automatik kesemua lima pasukan ini tidak boleh beraksi dalam sebarang kejohanan anjuran FAM.

Dalam pada itu katanya, pihak pengurusan FAS merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol atas sokongan yang diberikan kepada badan induk (FAS) selama – Suara Sarawak

Spread the news