Bapa tetak anak usia lima tahun ketika tidur 0 5685

Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ini ditemui mati dengan kesan tetakan dipercayai dilakukan bapa kandungnya sendiri di Flat Puchong Permai, Puchong petang tadi.

PUCHONG – Seorang kanak-kanak berusia lima tahun maut ditetak bapa kandungnya di Flat Puchong Permai di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 petang, pihak polis telah menerima panggilan dari seorang lelaki mengatakan seorang kanak-kanak telah jatuh di tingkat empat blok 11A di flat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, hasil siasatan mendapati kanak-kanak lelaki itu telah ditetak sebanyak tiga kali ketika mangsa sedang tidur.

Katanya, pemeriksaan di lokasi kejadian itu turut menemui sebilah parang.

β€œMangsa telah ditetak oleh bapa kandungnya yang berumur 35 tahun sebanyak tiga kali semasa sedang tidur dan juga mengalami kecederaan pada bahagian kepala serta pergelangan tangan kanan.

β€œSemasa kejadian berlaku, hanya suspek dan mangsa sahaja berada di rumah. Hasil ujian air kencing yang telah dijalankan mendapati suspek positif syabu,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – K! ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15396

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8417

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news