Baru Bian ayam tambatan PKR gugat Rita Insol di Selangau 0 5497

Kini, selepas Pakatan Harapan (PH) mengumumkan hampir kesemua calon mereka bagi meneruskan perjuangan di gelanggang PRU-14 di Sarawak, nama Baru Bian mencanak menggalas tugas di Selangau.   

Dengan pengumuman nama Baru Bian membawa panji perjuangan PH di Selangau menunjukkan satu strategi yang tepat dalam menghadapi PRU-14 ini. Ramai pemerhati politik terkejut dengan keputusan mencalonkan Baru Bian di Selangau. Tetapi ini tidak mustahil kerana krisis calon di Selangau menjadi kelebihan kepada PH sekiranya meletakkan calon yang dikenali ramai seperti Baru Bian.     

Baru Bian bukan anak Selangau tetapi beliau dikenali di Selangau kerana jasa sebagai seorang peguam yang mewakili kebanyakkan rakyat di Selangau dalam menghadapi isu Tanah NCR. Ini sudah pasti menidakkan sentimen anak tempatan kerana beliau dikenali di segenap ceruk pelosok Sarawak dalam membantu rakyat memperjuangkan hak Tanah NCR.

Siapa yang tidak kenal nama Baru Bian? Beliau peguam terkemuka yang memperjuangkan hak rakyat dalam Tanah NCR.

Selangau makin panas dengan pengumuman bahawa Baru Bian akan menentang calon PRS-BN Rita Sarimah Insol. Sentimen pemecatan penyandang Joseph Entulu oleh PRS pasti memberi impak yang besar dalam politik PRS di Selangau.  

Apa yang menarik Presiden PRS mendakwa bahawa Joseph Entulu di belakang pencalonan Baru Bian di Selangau. Ini menunjukkan bahawa Baru Bian merupakan calon yang digeruni di Selangau.

Kenyataan Presiden PRS itu memberi merit dari segi mental kepada pencalonan Baru Bian di Selangau. Kini, rakyat di Selangau yang rata-rata penyokong Joseph Entulu pasti mempunyai pilihan terbaik untuk menembusi kekecewaan mereka terhadap pemecatan Joseph Entulu.

Joseph Entulu pasti tahu implikasi pemecatan beliau boleh memberi kelebihan kepada PH sekiranya beliau tidak turun ke gelanggang pertarungan PRU-14 di Selangau. Sekiranya beliau ingin menyaksikan “kekuatan” sebenar beliau di Selangau beliau tidak harus masuk ke gelanggang pertarungan pada PRU-14 ini.

Calon Bebas atau parti lain tidak akan memberi kesan kepada pertarungan antara PRS-BN dan PKR-PH di Selangau ini. Ini tidak mengambil kira penyertaan Joseph Entulu sebagai calon bebas. Sudah pasti sekiranya Joseph Entulu bertanding sebagai calon Bebas pasti boleh memberi implikasi besar dalam menentukan siapa yang bakal dipilih oleh rakyat di Selangau.

Justeru, beban kini makin bertambah untuk digalas oleh calon PRS-BN Rita Sarimah Insol mempertahankan kubu kuat BN selepas ‘Top-Gun’ PKR Sarawak Baru Bian  bertanding di Selangau.

BN jangan memandang rendah kemampuan seorang peguam yang banyak membela rakyat dalam memperjuangkan Tanah NCR walaupun beliau bukan anak tempatan di Selangau.  

Selangau pasti merupakan kerusi panas pada PRU-14 ini. Jaminan kemenangan kepada BN kian pudar dengan sentimen yang berlaku di Selangau kini. Penyokong kuat Joseph Entulu yang merupakan seorang Menteri yang dipecat oleh PRS pasti melakukan undi protes pada 9 Mei nanti.

Segala kemungkinan sama ada Selangau boleh menjadi salah satu kerusi Parlimen majoriti kaum Iban yang bakal dirampas oleh PH di Sarawak boleh dinilai selepas hari penamaan calon pada 28 April ini.

Siapa calon yang akan bertarung selain daripada PRS-BN dan PKR-PH akan terjawab semasa hari penamaan calon nanti.

Apa yang pasti politik di Selangau amat menarik untuk dilihat pada PRU kali ini. Mampukah Baru Bian menembusi kekuatan benteng BN di Selangau pada 11 hari berkempen pasti menjadi titik tolak kepada sokongan rakyat di Selangau. Setakat ini, isu yang melanda politik PRS di Selangau pasti memberi kelebihan kepada PH.

Kini, kerusi Selangau yang dahulunya cerah seakan-akan sudah bertukar gelap kepada BN. Apa pun, kuasa tetap di tangan rakyat untuk memilih siapa yang layak mewakili mereka di Dewan Rakyat setelah PRU-14 melabuhkan tirainya. –Sarawakvoice

Penulis ialah penganalisis politik yang juga pensyarah politik di Universiti Malaysia Sarawak. 

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13481

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8145

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news