Baru Bian perlu imbangi tugas secara bijak sebagai satu-satunya menteri penuh Sarawak 0 3128

KUALA LUMPUR: Menteri Kerja Raya BaruBian kini perlu mengimbangi tugasnya secara bijak dalam landskap baharu politik masa kini kerana beliau adalah satu-satunya menteri penuh dalam kabinet kerajaan Persekutuan yang mewakili Sarawak.

Sebagai Menteri Kerja Raya Persekutuan, beliau mempunyai peranan membantu Sarawak membangunkan infrastruktur negeri dengan mengambil alih tugas yang dahulu dijalankan oleh Datuk Seri FadillahYusoff dari kerajaan terdahulu.

Sebagai ketua PKR Sarawak, beliau perlu memastikan bahawa suara rakyat Sarawak didengar oleh Putrajaya.

Sarawak kini diterajui oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang ditubuhkan oleh empat parti yang dahulu menjadi komponen Barisan Nasional Sarawak. GPS menyatakan bahawa gabungan itu mesra kepada Pakatan Harapan yang memegang teraju pemerintahan negara.

Menurut pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Samarahan Dr Nadrawina Isnin, walaupun ia tugas yang sukar dengan mengambil kira senario baharu politik selepas Pilihan Raya Umum ke-14 dan hakikat sama ada PH boleh bekerjasama dengan GPS, Baru pasti akan membawa banyak perubahan positif kepada Sarawak.

“Baru setakat ini telah melakukan banyak perkara terutama mengenai isu Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR). Harapan kita kepadanya terlalu tinggi.

Beliau telah banyak berusaha untuk kebaikan rakyat Sarawak. Saya percaya rakyat Sarawak yang lain juga bersetuju dengan saya,” kata Pensyarah Fakulti Sains  Pentadbiran dan Kajian Dasar ketika dihubungi Bernama.

Presiden Persatuan Wartawan Komanwel(CJA) cawangan Sarawak Alice Wee berkata; “Beliau telah beberapa kali mewakili pelanggan dalam pertikaian mengenai tanah.

Saya yakin beliau akan terus memperjuangkan isu ini kerana beliau memahami dengan lebih baik keadaan fizikal dan sosial di Sarawak.

Beliau berkata, Baru semasa menjadi anggota dewan undangan negeri di blok pembangkang, telah mengambil pendirian mesra BN mengenai perkara-perkara berkaitan pembangunan dan infrastruktur.

“Sekarang, atas kapasiti sebagai Menteri Kerja Raya, kita berharap beliau akan meneruskan usaha menteri terdahulu  (Datuk Seri) Fadillah Yusoff dalam membangunkan infrastruktur negeri,” kata Wee yang juga seorang wartawan veteran.

Bagaimanapun, penganalisis politik Datuk Peter Minos berkata masih terlalu awal untuk menganggap beliau sebagai ejen perubahan bagi negeri Sarawak.”Justeru, terlalu awal untuk membuat  keputusan sekarang dan hanya masa yang akan menentukannya,” katanya sambil menambah sebelum ini Sarawak mempunya banyak menteri dalam kabinet Persekutuan tetapi mereka tidak dapat melakukan keajaiban kerana dana dikawal oleh kerajaan terdahulu di Putrajaya.

Pada masa yang sama, Minos berkata beliau berharap Baru atas kapasitinya sebagai Menteri Kerja Raya akan memastikan projek pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo siap mengikut jadual kerana ia amat bermakna bagi rakyat negeri ini.

Baru, yang juga  Anggota Parlimen Selangau juga mencipta sejarah sebagai wakil pertama dari komuniti Lun Bawang dilantik sebagai menteri. Seorang lagi wakil Sarawak dalam Kabinet Persekutuan ialah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen. – BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13505

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8151

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news