Baru sambut baik projek Pan Borneo diteruskan 0 5645

KUCHING:Menteri Kerja Raya Baru Bian menyambut baik ketetapan kerajaan persekutuan untuk meneruskan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sabah dan Sarawak.

Keputusan untuk meneruskan pembinaan lebuhraya ini diumumkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika pembentangan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat semalam.

Bagaimanapun menurut Baru, pembinaanlebuh raya ini adalah tertakluk kepada rasionalisasi kos yang terlibat seperti yang dijelaskan oleh Guan Eng.

“Dalam belanjawan yang dibentangkan petang ini (semalam), tumpuan masih diberikan bagi usaha pembangunan infrastruktur negara.

“Bagi belanjawan pembangunan, agihannya meningkat berbanding tahun 2018 iaitu sebanyak RM6.115 bilion berbanding sebelum ini sebanyak RM3.763 bilion.

“Peningkatan ini melibatkan fokus berterusan kerajaan terhadap Projek Lebuh Raya Pan Borneo iaitu pengkhususan sebanyak RM1 bilion untuk setiap negeri (Sarawak dan Sabah) serta projek-projek yang lain,” katanya.

Baru yang juga Ahli Parlimen Selangau berkata demikian menerusi kenyataan media semalam sebagai mengulas mengenai Belanjawan 2019.

Tambah Baru, bagi belanjawan mengurus,kementeriannya menerima agihan yang berkurangan daripada tahun 2018 iaitu sebanyak RM1.048 bilion berbanding RM2.004 bilion tahun lepas.

Bagaimanapun, kementerian percaya peruntukan untuk maksud penyelenggaraan jalan persekutuan akan diterima berasingan iaitu melalui maksudperuntukan mengurus B11-Kementerian Kewangan.

“Untuk penyelenggaraan jalan, keperluan bagi tahun 2019 ialah sebanyak RM2.4 bilion bagi menyelenggara 17,500 km panjang keseluruhan jalan persekutuan diseluruh negara.

“Namun belanjawan tahun ini memperlihatkan agihan untuk penyelenggaraan jalan raya persekutuan dikurangkan daripada RM400 juta kepadaRM100 juta,” ujarnya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12971

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12252

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news