Petinju AS maut akibat tumbukan KO 0 6186

LOS ANGELES: Petinju Amerika Syarikat, Patrick Day meninggal dunia selepas mengalami kecederaan otak yang serius selepas kekalahan KO kepada Charles Conwell minggu lalu, kata promoter tinju, Lou DiBella dalam satu kenyataan.

Petinju kategori super welterweight (63.5 kg) berumur 27 tahun itu menjalani pembedahan kecemasan selepas Conwell melakukan tumbukan KO pada perlawanan di Arena Wintrust, Chicago pada Sabtu lalu.

“Bagi pihak keluarga, pasukan dan juga mereka yang rapat dengan Patrick, kami berterima kasih terhadap semua doa, sokongan dan kasih sayang yang diberikan buat Pat sejak dia mengalami kecederaan,” kata DiBella.

Day, yang mengalami koma selepas pembedahan dijalankan di Hospital Northwestern Memorial, menghembuskan nafas terakhir disamping keluarga dan rakannya.

Petinju Amerika Syarikat itu diusung keluar daripada gelanggang selepas tidak sedar diri susulan knockout pada pusingan ke-10 pada Sabtu lalu.

Day adalah petinju ketiga yang meninggal dunia daripada gelanggang tinju pada tahun ini.

Sebelum ini petinju Argentina, Hugo Santillan meninggal dunia pada Julai lalu di Buenos Aires dan dua hari sebelum itu petinju Russia, Maxim Dadashev meninggal dunia di Maryland.

DiBella dalam kenyataannya berkata beliau berharap kematian Day akan menyedarkan penguasa Amerika Syarikat untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan sukan itu.

“Ia menjadi semakin sukar untuk menerangkan atau menjelaskan betapa bahayanya tinju pada ketika ini,” kata DiBella. – AFP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ronaldo ledak gol ke-102 0 7783

Ronaldo ledak gol ke-102

LISBON: Cristiano Ronaldo semakin menghampiri rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman ketika juara Eropah, Portugal membelasah Andorra 7-0 dalam saingan persahabatan sebentar tadi.

Bintang Juventus itu masuk dari bangku simpanan untuk meledak jaringan ke-102 gol buat Portugal pada minit ke-85.

Bekas penyerang Iran, Ali Daei memegang rekod dengan 109 gol.

Portugal, yang meneruskan persiapan untuk mempertahankan Kejohanan Eropah tahun depan akan beraksi dalam Liga Negara-Negara berdepan Perancis awal pagi Ahad ini, mudah mengatasi Andorra. – Berita Harian

Spread the news

FAS mungkin tarik diri 0 5399

FAS mungkin tarik diri

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais menegaskan, pihaknya mungkin akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021.

Menurutnya, tindakan demikian terpaksa dilakukan sekiranya masalah kewangan dialami masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sedar pendekatan dilakukan bakal memberi tempias atau kesan terhadap pasukan yang beraksi dalam kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini.

“Mungkin kami akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021 sekiranya masalah kewangan yang dihadapi ketika ini masih gagal menemui jalan penyelesaian serta tiada pihak yang tampil untuk membantu.

“Memang tindakan berbuat demikian memberi tempias kepada pasukan yang berada di bawah naungan kita kelak,” jelas Datuk Posa kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Beliau menegaskan, tindakan menarik diri dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengelak musibah tersebut terus berpanjangan.

Musim ini lima pasukan di bawah badan induk berkenaan bersaing dalam liga anjuran FAM iaitu Sarawak United FC (Liga Premier), Sarawak United II Liga M3), Sarawak United III (Piala Presiden), Sarawak United IV (Piala Belia) dan Sarawak United (Liga Futsal FAM).

Justeru jika keputusan menarik diri terpaksa dilakukan maka secara automatik kesemua lima pasukan ini tidak boleh beraksi dalam sebarang kejohanan anjuran FAM.

Dalam pada itu katanya, pihak pengurusan FAS merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol atas sokongan yang diberikan kepada badan induk (FAS) selama – Suara Sarawak

Spread the news