Bas hidrogen dihentikan sementara di Kuching 0 6397

KUCHING: Sekumpulan pakar daripada Linde EOX Sdn Bhd, rakan kongsi teknologi yang mengintegrasikan sistem sedang bekerja rapat dengan Sarawak Energy untuk mengatasi masalah yang dikesan ketika ujian prestasi loji Loji Pengeluaran Hidrogen Bersepadu dan Stesen Pengisian Semula Sarawak Energy.

Ia merupakan yang pertama di Asia Tenggara dan dibina antara lain untuk menyediakan bahan api bagi bas hidrogen yang dikendalikan Kerajaan Sarawak.

Operasi bas hidrogen di bandar raya ini dihentikan buat sementara waktu berikutan penemuan cecair bahan cemar.

Bas berkenaan yang menyediakan perkhidmatan percuma sepatutnya dapat dinaiki orang awam dan pelancong bermula 15 September lepas.

Ujian percubaan dilakukan sejak bulan lepas dengan tiga bas sel bahan api hidrogen dibekalkan Foshan Feishi Automobile Manufacture Co Ltd dari China.

Dua daripadanya adalah untuk orang awam dan sebuah lagi bagi kegunaan pelancong.

Menteri Pengangkutan negeri Datuk Lee Kim Shin dalam satu kenyataan berkata ujian prestasi ialah proses lasak untuk melakukan pemeriksaan bagi memastikan isu yang dikesan ditangani semasa tempoh jaminan.

Katanya, ia juga bagi menyelesaikan masalah awalan yang lumrah dalam projek penyelidikan dan pembangunan. Loji ini masih dalam jaminan Linde.

Kerajaan Negeri Sarawak memperkenalkan bas hidrogen berkenaan sebagai inisiatif untuk pengangkutan awam yang mesra alam – SarawakVoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13008

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12482

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news