Bas hidrogen jalani tempoh percubaan dua minggu mulai 1 Ogos 0 6151

KUCHING: Orang ramai dijangka berpeluang untuk menggunakan perkhidmatan bas hidrogen tidak lama lagi selepas ia menjalani tempoh percubaan selama dua minggu mulai 1 Ogos di beberapa laluan utama di bandar raya ini.

Menurut Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir, pihaknya telah menerima kelulusan dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) untuk memulakan perkhidmatan bas hidrogen di bandar raya ini.

“Kita amat berbesar hati dengan perkembangan terbaharu ini dan bas hidrogen akan bergerak di sekitar bandar raya sebagai sebahagian daripada tempoh percubaan iaitu dari 1 hingga 14 Ogos.

“Bas itu hanya akan beroperasi sepenuhnya pada 1 September dan orang ramai boleh menggunakan kemudahan itu yang pertama dalam negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pegawai dari SEDC dan jurutera dari Sarawak Energy Berhad, Foshan Feichi Automobile Manufacturing Co. Ltd of China dan Linde Hydrogen FuelTech akan memantau rapat tempoh percubaan tersebut.

Beliau menambah, percubaan itu dijalankan bagi menguji kadar penggunaan bahan api hidrogen untuk menentukan kapasiti pengisian, dan operasi loji hidrogen akan seterusnya dioptimumkan.

“Adalah penting bagi bas untuk tidak membawa sebarang penumpang semasa tempoh percubaan kerana kita perlu memantau prestasinya semasa dalam perjalanan di laluan yang ditetapkan dan menangani sebarang isu mengisi bahan bakar yang mungkin timbul disebabkan oleh faktor-faktor seperti cuaca, kesesakan lalu lintas dan lain-lain,” katanya.

Beliau menambah, sebanyak tiga bas akan menjalani tempoh percubaan itu di beberapa laluan.

Laluan-laluan itu adalah di sepanjang Tebingan Kuching di Jalan Tunku Abdul Rahman ke pantai Damai di Santubong, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub ke Medan Niaga Kubah Ria, Jalan Abell, Jalan Padungan, Jalan Sentral Timur, Jalan Tun Haji Openg, Jalan Satok, Jalan Kulas, Jalan Muda Hashim dan Jalan Datuk Ajibah Abol. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13957

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13121

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news