Bas pelancong Malaysia kemalangan di Turki 0 5994

KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Malaysia maut, manakala 10 lagi cedera dalam kemalangan di Afyonkarahisar, kira-kira 300 kilometer dari Ankara.

Wisma Putra dalam kenyataan berkata, kemalangan bas petang semalam itu membabitkan 35 rakyat Malaysia dalam perjalanan dari Pamukkale.

Mangsa kemalangan dirawat di hospital Afyonkarahisar.

Agensi pelancongan yang menguruskan percutian kumpulan kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu memaklumkan 35 pelanggannya berlepas ke Turki pada Sabtu lalu.

Katanya, mereka dijadual bercuti sehingga 21 Oktober ini di negara terbabit.

“Saya difahamkan ketika kejadian hujan dan sebaik tiba di kawasan selekoh, bas terbabit hilang kawalan sebelum tergelincir dan terbalik ke sebelah kiri.

“Maklumat yang saya terima setakat ini difahamkan seorang daripada mereka meninggal dunia dan ada yang cedera patah tangan dan kaki di hantar ke hospital berhampiran,” katanya ketika dihubungi.

PKNS pula menerusi satu kenyatan memaklumkan pihaknya sudah menerima laporan daripada Kedutaan Malaysia di Turki bahawa kemalangan jalan raya membabitkan 35 anggota PKNS.

“Bas dalam perjalanan dari Pamukkale ke Cappodokya.

“PKNS masih menantikan kenyataan rasmi daripada pihak Kedutaan Malaysia di Turki yang sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa tempatan dan hospital di Afyonkarahisar,” katanya. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13009

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news