Bayaran khas RM500 dibayar sebelum 25 Disember ini – Lim Guan Eng 0 6912

PUTRAJAYA: Bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah yang dicadangkan dalam Belanjawan 2019 akan dibayar sebelum 25 Disember ini, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini.

“Ini kali pertama kita bayar bonus pada tahun yang sama. Sebelum ini (bayaran khas) dibayar pada tahun berikutnya.

“Belanjawan 2018 memang tiada. Maka, kita akan mencari sumber.“Kita berharap menerusi pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan menambah sedikit (pendapatan) untuk menampung bonus pada tahun ini,”katanya kepada pemberita di sini.

Sebelum itu, Lim menghadiri Majlis Mesra Warga Kastam Bersama Menteri Kewangan bersempena Sambutan Deepavali 2018 di Kompleks Kementerian Kewangan.

Ketika membentangkan Belanjawan 2019pada 2 November lalu, Lim berkata kerajaan mencadangkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awamgred 54 dan ke bawah sebagai tanda penghargaan kepada usaha dan dedikasi penjawat awam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Selain itu, kerajaan juga mengumumkan bayaran khas sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan.Bayaran khas itu melibatkan peruntukan berjumlah RM1 bilion.

Ditanya mengenai khabar angin rombakan kabinet, Lim berkata: “Saya tidak dengar langsung.”Sebuah portal sebelum ini melaporkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan melakukan rombakan kabinet bulan depan kerana tidak berpuashati dengan prestasi beberapa menteri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Portal itu mendakwa Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun antara yang bakal digugurkan.- Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13857

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13026

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news