Sungai seluruh Sarawak kini di diami oleh 120,000 ekor buaya 0 7597

SRI AMAN: Dianggarkan sejumlah 120,000 ekor buaya katak mendiami sepanjang 20,000 kilometer sungai termasuk cabangnya di Sarawak sejak 2012.

Pegawai Hidupan Liar Sarawak, Dayang Nuriza Abang Abdillah, berkata jumlah itu berdasarkan kiraan enam ekor buaya mendiami untuk setiap satu kilometer sungai.

Menurutnya, namun jumlah itu dijangka meningkat menyebabkan lesen memburu buaya diberikan Jabatan Hutan Sarawak (JHS) kepada pemburu reptilia itu.

“Peningkatan populasi buaya katak di sungai seluruh Sarawak menyebabkan kerajaan negeri menerusi JHS mengeluarkan lesen pemburuan dan penjualan haiwan itu sebagai langkah pengawalan sejak tahun lalu.

“Sehingga kini, 60 lesen pemburuan dan 30 lesen penjualan buaya katak sudah pun dikeluarkan JHS. Namun setakat ini tiada sebarang pertambahan permohonan baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Penutupan Kesedaran, Peranan dan Status Buaya Katak Dalam Ekosistem Sarawak, di sini, semalam.

Program itu disertai 161 Ketua Masyarakat termasuk dua Temenggong di Bahagian Sri Aman yang memberi pendedahan mengenai Ordinan Hidupan Liar dan perlesenan hidupan liar.

Dayang Nuriza berkata, pemberian terbabit memburu dan menjual buaya diberikan kepada pemohon berdasarkan kepada kuota yang ditetapkan supaya tiada pihak menyalah gunakan lesen berkenaan.

“Pemberian lesen juga diberikan secara seimbang kepada kaum Bumiputera dan bukan Bumiputera di dalam negeri ini yang mana kebanyakan pemohon adalah mereka yang tinggal di kawasan berhampiran sungai.

Buaya katak di Sarawak boleh diburu untuk tujuan perdagangan pada peringkat domestik dan antarabangsa dengan syarat ia mempunyai lesen daripada Controller Hidupan Liar Sarawak dan permit.

Pemberian lesen terbabit dijangka dapat mengurangkan konflik manusia dan buaya selain dalam masa sama boleh menambah sumber pendapatan kepada masyarakat setempat. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13005

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12478

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news