Bayaran khas RM500 untuk penjawat awam Gred 54 ke bawah, RM250 untuk pesara 0 5867

KUALA LUMPUR: Kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2019 mencadangkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah sebagai tanda penghargaan kepada usaha dan dedikasi penjawat awam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2019, yang pertama bagi kerajaan pimpinan Pakatan Harapan, di Dewan Rakyat hari ini turut mengumumkan bayaran khas sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan.

“Jumlah bayaran khas ini adalah sebanyak RM1 bilion,” katanya dalam pembentangkan belanjawan sulungnya. Lim berkata berbanding pentadbiran dahulu yang lazimnya menyalurkan bayaran khas pada tahun depan, kerajaan Pakatan Harapan akan menyalurkan bayaran khas tersebut sebelum hujung tahun ini (2018).

Lim dalam belanjawan itu berkata kerajaan akan meningkatkan penyampaian perkhidmatan alternatif untuk mengurangkan peranan kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan bukan teras.

“Ini akan diperintiskan dalam bidang kebajikan melalui usahasama dengan NGO (badan bukan kerajaan),” katanya.

Sebagai contoh, katanya kanak-kanak daripada institusi anak yatim akan dialihkan untuk pemeliharaan berasaskan keluarga.

Lim dalam belanjawan itu berkata kerajaan akan memperuntukkan RM286.8juta untuk perbelanjaan mengurus Suruhanjaya Pencagahan Rasuah Malaysia (SPRM), iaitu peningkatan 18.5 peratus daripada RM242.1 juta yang diperuntukkan tahun lepas.

“Jumlah kakitangan akan ditambah seramai 100 orang pada tahun depan bagi memastikan SPRM mempunyai sumber tenaga kerja yang mencukupi untuk menangani rasuah dan pengubahan wang haram dalam sektor awam dan swasta serta mendapatkan balik harta tersebut,” katanya. – BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13952

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13118

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news