Beberapa bahagian badan turut ditemui dalam abdomen buaya yang ditangkap – SFC 0 6064

KUCHING: Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) dari Sarawak Forestry Corporation (SFC) berjaya menangkap seekor buaya berukuran 4.2 meter pada Khamis (5 Disember).

Pasukan yang dikerahkan segera ke lokasi selepas seorang lelaki warga Indonesia maut akibat diserang di sebuah ladang kelapa sawit Kuala Suai dalam kejadian pada 25 November itu.

Mangsa, Asbullah Daeng Situju, 37, telah diserang buaya berkenaan pada 25 November lalu.

SFC bertindak pantas dengan menghantar SWAT untuk menjejaki buaya tersebut.

“Lima perangkap telah dipasang di sepanjang sungai di dalam operasi yang dijadualkan dari 29 November sehingga 6 Disember itu.

“Kami akhirnya berjaya memerangkap seekor buaya besar yang berukuran 4.2 meter.

“Berdasarkan pemeriksaan, beberapa bahagian badan ditemui dalam abdomen buaya berkenaan dan ia telah dihantar kepada polis untuk tindakan lanjut,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SFC, Zolkipli Mohamad Aton dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih atas bantuan yang dihulurkan oleh Balai Polis Batu Niah, pengurusan perladangan kelapa sawit dan masyarakat setempat semasa operasi dijalankan.

Orang ramai diingatkan untuk memaklumkan pejabat SFC atau Jabatan Perhutanan Sarawak yang terdekat sekiranya menemui buaya di kawasan mereka dan disarankan untuk tidak bertindak sendiri kerana reptilia ini berbahaya.

Talian SFC di pelbagai daerah dapat dihubungi di 016-8565564 / 019-8859996 (Kuching), 019-8883561 (Sibu), 019-8223449 / 019-8332737 (Bintulu) dan 019-8290994 / 018-9799778 (Miri).

-Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13007

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12481

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news