Amaran hujan lebat di Sarawak sehingga esok 0 6650

KUALA LUMPUR: Amaran cuaca peringkat waspada telah dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Sarawak, dengan hujan lebat dijangka berlaku hingga esok (7 Dis).

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa kawasan terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

Sarawak adalah antara empat negeri yang sedang dilanda banjir dengan mencatatkan 93 orang mangsa daripada 19 keluarga, dan kesemuanya ditempatkan di Pusat Pemindahan Banjir di Dewan Masyarakat Trusan, Lawas.

Lapan kampung yang terjejas akibat banjir di Sarawak ialah Kampung Seberang Kedai Trusan, Kampung Gelapas, Kampung Perumahan Gelapas, Kampung Masjid Trusan, Kampung Luagan Kelilang, Kampung Tengah Trusan, Kampung Lintang dan Kampung Berjumpa Sundar. – BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12986

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12467

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news