Beberapa jajaran Lebuh Raya Pan Borneo empat lorong dua hala dibuka pada bulan Julai 0 6223

KUALA LUMPUR: Beberapa jajaran di Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak yang dinaik taraf daripada dua lorong dua hala kepada empat lorong dua hala akan mula dibuka kepada orang ramai Julai ini.

“Perkembangan ini bakal mengurangkan ketidakselesaan pengguna jalan raya dalam tempoh pembinaan lebuh raya itu,” kata Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Mohd Tahir.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Titah Diraja pada persidangan Dewan Negara bagi kementeriannya semalam.

Bagi projek sama di Sabah, Mohd Anuar berkata sehingga kini 12 daripada 35 pakej kerja telah dibuat pelantikan kontraktor yang telah memulakan kerja pembinaan dengan status kemajuan keseluruhan projek mencapai 13.43 peratus.

Namun begitu, jelasnya, terdapat satu kontraktor pakej kerja melibatkan laluan Tawau ke Semporna telah ditamatkan kontrak disebabkan prestasi kerja tidak memuaskan.

Persidangan Dewan Negara bersambung Isnin. — BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13154

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12624

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news