Bekalan diesel untuk 21 sekolah bantuan kerajaan di Sarawak diteruskan – KPM 0 5893

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan memberi jaminan bekalan diesel ke 21 sekolah bantuan kerajaan (SBK) di pedalaman Sarawak akan diteruskan.

Kementerian dalam satu kenyataan pagi ini berkata pada Mac tahun lalu, ia menyemak semula kontrak pembekalan diesel ke sekolah untuk menentusahkan sekolah yang layak menerima bantuan bahan api itu menggunakan peruntukan kerajaan.

“Didapati 21 daripada 369 sekolah berkenaan adalah SBK. Namun kementerian memutuskan untuk terus membeli diesel bagi 21 SBK itu menggunakan peruntukan sedia ada sehingga Mac ini,” katanya.

SBK terbabit adalah sekolah pedalaman dan tidak menerima bekalan elektrik daripada grid.

“Bagi memastikan pembelajaran tidak terganggu, kementerian akan meneruskan pembelian diesel dan laporan bahawa ia dihentikan bermula April 2019 adalah tidak benar,” katanya – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13007

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12480

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news