Dr M dianugerah ijazah kehormat University of Tsukuba 0 5873

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dianugerahi ijazah kehormat doktor falsafah oleh University of Tsukuba di Jepun pada Isnin.

Penganugerahan ijazah kehormat itu, yang merupakan pengiktirafan tertinggi universiti berkenaan terhadap sumbangan Dr Mahathir dalam mempertingkatkan pertukaran dalam bidang penyelidikan dan pendidikan di peringkat antarabangsa, semasa lawatan beliau ke kampus universiti itu di Tokyo.

Ijazah kehormat itu disampaikan Presiden universiti berkenaan, Prof Kyosuke Nagata.

Terdahulu, sebelum majlis penyampaian anugerah itu berlangsung, Dr Mahathir mengadakan pertemuan dengan Nagata.

Perdana menteri hari ini memulakan lawatan rasmi tiga hari beliau ke Jepun, yang antara kemuncaknya adalah pengurniaan darjah kebesaran tertinggi negara Jepun ‘The Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers’ oleh Maharaja Jepun di Imperial Palace di Tokyo pada Selasa.

Selain University of Tsukuba, perdana menteri akan turut melawat Toyo University di sini pada Rabu dan lawatan beliau ke kedua-dua universiti berkenaan adalah sebahagian daripada usaha Malaysia untuk mempelawa universiti Jepun membuka cawangan luar negara mereka di Malaysia.

Penubuhan cawangan luar negara universiti Jepun di Malaysia akan membolehkan pelajar Malaysia mendapat akses kepada sistem pendidikan Jepun pada kos yang lebih rendah.

Pada masa sama, mereka dapat mempelajari bahasa, nilai dan budaya Jepun, yang turut memberi manfaat kepada pelajar dari rantau ini.

– Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13146

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12617

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news