Bentuk muka bumi Sarawak sukarkan usaha banteras arak tiruan – Chong 0 6221

KUCHING: Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen mengakui bentuk muka bumi dan saiz Sarawak yang luas menyukarkan usaha mengekang penularan dan penyeludupan arak tiruan di negeri itu.

Justeru katanya, kerjasama orang ramai diperlukan selain masyarakat perlu meningkatkan kesedaran bahawa pengambilan minuman keras tiruan bukan sahaja boleh memudaratkan kesihatan tetapi juga mengundang maut.

“Tahun lepas, kes keracunan minuman keras meragut 49 nyawa,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Kesedaran Minuman Keras Tidak Sah bagi Peniaga peringkat negeri, di sini hari ini.

Katanya kandungan arak tiruan diragui kerana proses pembuatannya berkemungkinan tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan.

“Minuman keras yang tidak sah atau tiruan adalah barangan yang dibuat atau diimport tanpa kebenaran oleh pihak berkuasa, tidak membayar cukai serta tidak mematuhi peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan di negeri ini,” katanya menambah, kerajaan juga kerugian ratusan juta ringgit dari segi cukai.

Sehubungan itu katanya, masyarakat harus menjadi pengguna bijak dengan mengelak membeli minuman keras tidak sah walaupun harganya jauh lebih murah berbanding yang tulen selain berpada-pada semasa mengambil minuman keras.

Pindaan Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976 yang dikuatkuasakan pada 2 Jan lepas memperuntukkan peniaga yang ingkar berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda RM100,000 bagi kesalahan pertama, manakala untuk kesalahan kali kedua hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda RM200,000.

Orang ramai yang mempunyai aduan tentang penjualan minuman keras tidak sah boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-8888-55, dan di Kuching hubungi 082-333 133.–BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13861

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13027

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news