Anak orang utan diberi dadah ditemui dalam beg pakaian pelancong 0 6266

SEORANG pelancong Rusia ditahan kerana disyaki memberi dadah kepada anak orang utan untuk menyeludup keluar bintang itu sebagai haiwan peliharaan.

Andrei Zhestkov, 27, dalam perjalanan untuk menaiki pesawat ke Rusia dari Bali semasa dia ditahan ketika pemeriksaan keselamatan.

IKLAN
Ketika ditahan, polis membuka beg pakaiannya dan terkejut apabila mendapati seekor anak orang utan sedang tidur di dalam sebuah bakul rotan.

–– ADVERTISEMENT ––

Pegawai Agensi Pemuliharaan Bali, Ketut Catur Marbawa berkata:”Kami percaya anak orang utan itu diberi makan pil alahan yang menyebabkannya tertidur. Kami menemui pil itu di dalam beg pakaian tersebut.”

Sebotol susu formula dan beberapa helai selimut turut ditemui di dalam beg tersebut bersama dengan dua ekor cicak tokek dan lima mengkarung.

Zhestkov memberitahu pihak berkuasa bahawa dia diberikan haiwan itu oleh pelancong Rusia yang membeli haiwan berkenaan pada harga 2,270 pound sterling dari sebuah pasar di Jawa.

Dia mendakwa rakannya turut menyakinkannya bahawa dia boleh membawa pulang orang utan itu sebagai haiwan peliharaan.

Zhestkov boleh berdepan hukuman penjara lima tahun dan denda 5,299 pound sterling atas dakwaan menyeludup.

Orang utan semakin pupus, menurut Kesatuan Pemuliharaan Semula Jadi Antarabangsa dengan jumlah kira-kira 100,000 di seluruh dunia.

Pekerja ladang dan penduduk kampung di Indonesia sering menganggap haiwan itu sebagai ancaman manakala pemburu menangkap haiwan itu untuk dijual sebagai haiwan peliharaan. – Metro.co.uk

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13861

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13027

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news