Berbilion untuk Sandakan, tapi Sarawak tiada, ahli Parlimen bidas Putrajaya – Nancy 0 6015

KUCHING: Seorang wakil rakyat Sarawak mendakwa Putrajaya mengabaikan pembangunan di negeri itu, susulan kelulusan diberikan kerajaan persekutuan bagi 49 projek di Sandakan, Sabah, yang bernilai RM2.28 bilion.

Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri berkata orang Sabah mempunyai hak terhadap dana kerajaan persekutuan, tetapi Sarawak yang merupakan pengeluar minyak terbesar di negara ini turut berhak mendapat bahagiannya.

“Akhir-akhir ini, orang Sarawak merasakan mereka diabaikan dari segi pembangunan infrastruktur,” katanya kepada FMT.

“Apabila Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum ke-14, ia berjanji melayan semua negeri secara adil. Ia tahu Sarawak sudah menyumbang begitu banyak kepada pendapatan negara, tetapi kami masih perlu merayu untuk mendapatkan wang kami sendiri.”

Tahun lalu, Putrajaya menangguhkan pembinaan jambatan di Igan, Rambungan dan Batang Lupar di Sarawak atas alasan kekangan kewangan. Jambatan Batang Lupar dilaporkan akan diambil alih kerajaan negeri.

Projek lain yang lebih kecil di Sarawak, bernilai RM20,000 hingga RM30,000 juga dikatakan dibatalkan.

Nancy berkata, PH menerusi manifestonya berjanji membelanjakan 50% dana pembangunan ke atas negeri miskin, “iaitu Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah, yang baru-baru ini termasuk dalam senarai itu”.

“Saya terus memantau untuk melihat bagaimana dan bila kerajaan persekutuan akan melaksanakannya.”

Katanya, pembangunan di Sarawak meningkat dari 2008 hingga 2013, sebelum PRU14.

“Itu sebabnya semasa kempen PRU14, ia mudah bagi kami, kecuali bagi mereka yang berdepan cabaran politik dalaman.

“Projek berterusan dan mudah untuk meyakinkan rakyat terhadap keikhlasan kerajaan persekutuan ketika itu.”-FMT

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13150

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12620

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news