Dua bayi lelaki antara yang dipindahkan ekoran banjir kilat di Bintulu 0 5623

BINTULU: Seramai 21 penduduk termasuk dua bayi lelaki antara yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Dewan Kampung Jabai di sini sekitar pukul 9.20 pagi tadi.

Penduduk dari kawasan Batu 9 dan setinggan Sungai Sebatang itu dpindahkan ekoran kediaman mereka dinaiki air setinggi dua ke tiga kaki, akibat banjir kilat dalam kejadian awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Mohamad Meramit ketika dihubungi Utusan Borneo mengesahkan, seramai empat anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat berhubung banjir kilat itu pada pukul 4.06 pagi.

Difahamkan kawasan terbabit antara yang dinaiki air selepas hujan lebat melanda Bintulu yang berlaku sejak tengah malam tadi.

“Turut dinaiki air ialah jalan masuk ke penempatan di Batu 8 dan Jalan Bintulu-Miri bagaimanapun sehingga kini paras air dilaporkan mulai surut dan tidak memerlukan operasi pemindahan,” ujarnya.

Beliau berkata, kesemua mangsa terjejas buat masa sekarang sudah selamat dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dengan bantuan Agensi Pertahanan Awam Bintulu.

Pihak bomba katanya akan menjalankan pemantauan dari masa ke masa terutama kawasan berisiko banjir, bagi menghadapi sebarang kemungkinan memandangkan hujan masih lagi turun hingga kini. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13199

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12663

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news