Berita Kerajaan Sarawak serah 600,000 hektar tanah adalah tidak benar 0 5619

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengesahkan bahawa sebuah laporan akhbar nasional bahawa Kerajaan Sarawak akan serahkan tanah seluas 600,000 hektar adalah sebagai tidak benar.

Beliau sebaliknya terkejut apabila mengenai laporan akhbar kelmarin yang memetik Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani YB Datuk Salahuddin Ayub bahawa Kerajaan Sarawak menawarkan tanah yang tidak ditanam semula dengan kelapa sawit kepada mana-mana pihak yang berminat termasuk Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

“Saya tidak tahu dari mana akhbar berkenaan mendapatkan maklumat tersebut.

“Perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia merupakan satu kenyataan yang tidak berasas,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan semasa sidang media selepas melancarkan stesen loji pengeluaran dan isi semula bahan api hidrogen serta kenderaan berkuasa hidrogen pertama di sini, semalam.

Menurut Datuk Patinggi (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari lagi, keluasan 600,000 hektar itu hampir sejuta hektar.

“Sudah tentu Kerajaan Sarawak tidak akan bersetuju dengan permintaan sedemikian. Ia tidak masuk akal dan jika saya membenarkannya, ‘paloi’ juak saya,” katanya. – Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12932

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12218

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news