Letupan bom di Pasar Ramadan di Pattani, seorang remaja maut, 11 lagi cedera 0 5765

PATTANI: Seorang remaja maut dan sekurang-kurangnya 11 termasuk empat renjer cedera dalam satu letupan bom di pasar Ramadan di Pattani, selatan Thailand semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4.15 petang (waktu tempatan) itu, orang ramai sedang membeli juadah berbuka di pasar ramadan di Pekan Bo Thong, Nong Chik, Pattani.

Ketua Polis Wilayah Pattani Mej. Jen. Pol. Piyawat Chalermsi berkata bom buatan sendiri seberat 15 kilogram itu telah diletakkan di sebuah motosikal dan diaktifkan dengan menggunakan walkie talkie.

Beliau berkata remaja berumur 14 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala sekurang-kurangnya 11, termasuk empat renjer yang sedang mengawal keselamatan di tempat kejadian mengalami kecederaan dan digegaskan ke Hospital Pattani untuk rawatan lanjut.

‘Dalam kejadian itu, lima buah kenderaan rosak teruk akibat serpihan bom manakala beberapa buah premis perniagaan turut mengalami kerosakan,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Polis sedang menjejaki kumpulan yang mendalangi letupan itu, katanya.

Sementara itu, di YALA, seorang anggota kumpulan bersenjata maut manakala tiga renjer cedera dalam insiden berbalas tembakan di Kampung Jak Tamae, Daerah Jaha, Yala.

Jurucakap Tentera Bahagian Ke-4 Kolonel Pramote Prom-in berkata dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari (waktu tempatan), pasukan keselamatan bersepadu yang terdiri daripada polis, tentera dan pegawai pentadbiran mengepung rumah yang disyaki menjadi tempat bersembunyi anggota kumpulan bersenjata itu.

“Kejadian berbalas tembakan berlaku hampir tiga jam antara pasukan keselamatan dengan anggota kumpulan bersenjata itu.” katanya.

Mangsa yang cedera kini menerima rawatan di Hospital Yala. — BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13941

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13098

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news