Dev kembali ke Sarawak sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis 0 5914

KUCHING: Datuk Dev Kumar M.M Sree kini dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak baharu bagi menggantikan Datuk Pahlawan Mohd Dzuraidi Ibrahim yang akan berpindah ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak itu disaksi Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Azman Yusof di Dewan Mes Pegawai Kanan Ibu Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini hari ini.

Dev sebelum ini bertugas di Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

Beliau juga pernah bertugas di Sarawak dengan jawatan terakhir di sini sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak.

Kali pertama beliau menjejak kaki ke Bumi Kenyalang ketika dilantik sebagai Pegawai Penyiasat (IO) di Balai Polis Sentral pada 1982 (hingga 1989) sebaik sahaja menamatkan kursus di Pulapol Kuala Lumpur.

“Ini kali ketiga saya bertugas di Sarawak, terima kasih kepada semua saya berharap hubungan baik antara rakan media berterusan dan dapat dipertingkatkan lagi.

“Saya juga ucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan PDRM (Polis Diraja Malaysia) kerana memberi peluang kepada saya sekali lagi berkhidmat di Bumi Kenyalang ini,” kata Dev ketika ditemui pemberita.

Tegasnya, dua perkara utama yang akan diberi tumpuan adalah integriti pegawai dan anggota serta penyampaian perkhidmatan terbaik kepada masyarakat Sarawak.

“Sekarang banyak cabaran dan fokus saya adalah dua perkara seperti yang dimaklumkan Ketua Polis Negara iaitu integriti pegawai dan anggota dan yang kedua penyampaian perkhidmatan terbaik kepada masyarakat Sarawak.

“Itu janji saya, saya akan lakukan yang terbaik kepada rakyat Sarawak,” tambah beliau lagi.

Sementara itu, Dzuraidi akan bertugas di Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah Forensik/Data Bank DNA/Perancangan Strategik Jabatan Siasatan Jenayah.

“Ini merupakan satu penghormatan pucuk pimpinan kepada saya dan saya merasa amat bersyukur serta berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan ini,” ujarnya.

Dzuraidi bertugas sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak sejak Julai 2017. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13159

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12627

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news