Bersabar, beri peluang kepada kerajaan PH – TPM 0 5759

PARIS: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru rakyat Malaysia agar bersabar dan memberi peluang kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menyelesaikan pelbagai masalah berpunca daripada pemerintahan kerajaan terdahulu.

Beliau berkata, kerajaan mungkin memerlukan setahun ataupun tiga tahun, malah mungkin lebih dari itu untuk memperbaiki negara yang telah berada bawah amalan kleptokrasi selama 61 tahun.

“Untuk memperbaiki sesuatu yang sudah lama bukan mudah, tiada tongkat sakti, tidak ada butang automatik yang anda boleh tekan (untuk selesaikan segala-galanya). Ia tidak berfungsi seperti itu. Ia memerlukan kerja keras dan air mata dan harus diusahakan oleh semua orang rakyat Malaysia.

“Kita mesti bekerja keras untuk memperbaiki keadaan yang runcing dan proses ini mungkin mengambil masa lama lagi,” katanya semasa berucap pada Majlis Diaspora Bersama Rakyat Malaysia di Perancis di sini.

Dr Wan Azizah dalam rangka lawatan kerja empat hari ke negara ini dengan agenda utama bagi mempengerusikan Mesyuarat Biro Pengurusan Transformasi Sosial (MOST), Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Sainstifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) dan Sesi Ke-14 Majlis Antara Kerajaan bagi MOST.

Pada majlis yang dihadiri komuniti dan pelajar Malaysia yang berada di Perancis itu, Dr Wan Azizah juga menjelaskan bahawa perpaduan rakyat ialah elemen penting dalam negara mengorak langkah ke arah Malaysia baharu.

Dr Wan Azizah berkata, sebagai sebuah negara yang majmuk, tidak harus ada mana-mana kaum merasa iri hati dan berprasangka buruk terhadap kaum lain.

“Kita melihat New Zealand itu satu negara yang begitu stabil, sejahtera dan begitu aman, tetapi dikejutkan dengan white-supremacy (ketuanan bangsa kulit putih) yang menyerang orang yang sedang bersolat, tidak bersenjata.

“Kita tidak boleh membenarkan antara kita merasakan iri hati, marah dan benci sesama sendiri sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Wan Azizah turut menyeru komuniti dan pelajar Malaysia yang berada di Perancis untuk pulang ke tanah air bagi membantu membangunkan negara menerusi kepakaran dan pengetahuan masing-masing.

“Kita memerlukan semua diaspora Malaysia dari seluruh dunia untuk membantu membina Malaysia baharu,” katanya. – BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12928

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12216

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news