Idris tunggu tarikh baharu program randau ‘Chat with Rose’ 0 5831

KUCHING: Program randau ‘Chat with ROSE’ yang bakal membincangkan tajuk Belia dan Pekerjaan di Sarawak: Peluang atau Cabaran anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Sarawak sekadar ditunda, bukan dibatalkan apabila penganjur gagal memohon permit.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Datuk Idris Buang (gambar) berkata pihaknya sedang menunggu tarikh baharu bagi program itu yang akan turut menampilkan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Sarawak Andrew Lo bagi menyelesaikan isu secara profesional dan berhemah. 

“Saya juga masih menunggu tarikh baru dalam masa terdekat untuk menjalankan program tersebut yang berupaya membantu golongan belia di negeri Sarawak ini.

“Keamanan di tempat awam yang menjadi keutamaan pihak berkuasa, jadi kita perlu menghormatinya dan penganjur dinasihatkan untuk memohon permit lebih daripada 10 hari sebelum forum diadakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Idris, tanpa permit dari pihak berkuasa, penganjur, beliau dan Lo selaku panel boleh didakwa mengikut Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012 yang memperuntukkan denda maksimum sehingga RM10,000.

Perkara itu jika berlaku secara tidak langsung akan menyebabkan beliau hilang kelayakan sebagai ADUN jika didenda hanya RM2,000 atau lebih.
“Ini termaktub dalam Perlembagaan Sarawak dan Persekutuan Malaysia. Inilah risikonya,” katanya.

Idris yang juga merupakan Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) turut terkilan dengan hantaran Facebook yang dimuat naik Lo yang beliau anggap sebagai tidak profesional.

Dalam hantaran itu, Lo menyarankan Idris untuk menggunakan kedudukan sebagai ADUN bagi meminta polis membenarkan forum itu dijalankan walaupun tanpa memohon permit.

“Bagi saya saranan ini adalah salah dan hanya menunjukkan kekurangan seseorang dari segi pengetahuan dan pengalaman melibatkan tugasan polis dan undang-undang jenayah.

“Jika saya berbuat demikian ini bermaksud saya juga menyalahi undang-undang dari sudut meremehkan atau mengganggu tugasan pihak polis serta menghalang proses penguatkuasaan undang-undang dan lain-lain lagi,” katanya lagi.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13011

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news