Bilik asrama SMK Tebedu terbakar, 14 pelajar selamat 0 6211

SERIAN: Seramai 14 pelajar yang mendiami sebuah bilik asrama lelaki di SMK Tebedu di sini selamat, selepas tindakan pantas pihak sekolah berjaya memadamkan kebakaran di bilik yang didiami mereka.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Serian, James Gani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.55 pagi dan sebuah jentera FRT serta sebuah ambulans EMRS dengan kekuatan lima anggota segera diatur gerak ke lokasi.

Maklumat katanya, turut disalurkan kepada Pasukan Bomba Sukarela Bunan Gega, yang pantas mengaktifkan tiga ahlinya.

Menurut Gani, setiba di lokasi, pasukan mendapati kebakaran melibatkan sebuah bilik asrama lelaki jenis struktur kekal tiga tingkat yang berkeluasan 20 kaki x 30 kaki.

“Kebakaran berlaku di tingkat satu dan berjaya dipadamkan oleh pihak sekolah dengan menggunakan 35 unit alat pemadam api (APA) dan satu aliran salur bantu mula dari bangunan sekolah sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Pasukan yang tiba di lokasi selepas itu, melakukan kerja-kerja pemadaman sisa dan penyejukan,” katanya lagi.

Seramai 14 pelajar yang mendiami bilik tersebut terjejas oleh kebakaran yang berlaku ketika mereka bersiap-siap untuk ke kelas.

Tanpa tindakan awal katanya, api mungkin merebak ke seluruh bangunan asrama yang secara keseluruhannya menempatkan 286 pelajar.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siiasatan pasukan forensik,” tambahnya lagi. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13405

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8131

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news