Bom yang ditemui di Sungai Bedil jenis mortar, kata KPD Kuching 0 5712

KUCHING: Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Polis Ng Ah Lek semalam mengesahkan bom yang ditemui di Lorong Petra 1 Kampung Sungai Bedil Besar adalah peluru mortar jenis UXO.

Menurutnya, pihaknya dimaklumkan tentang penemuan itu oleh seorang pekerja pemotong rumput, sekitar jam 10.25 pagi.

“Sejurus tiba di lokasi, pasukan kereta peronda dan anggota Balai Polis Gita segera mengawal lokasi penemuan hingga anggota Unit Pemusnah Bom (UPB) tiba.

Pegawai UPB katanya, kemudian mengesahkan penemuan letupan tersebut merupakan UXO jenis Mortar .

“Bahan letupan tersebut kemudian dibawa balik ke Lapang Sasar Batu Kawah untuk tujuan pemusnahan.

“Penemuan tersebut bagaimanapun tidak mendatangkan ancaman dan tidak membahayakan,” katanya.

UXO tersebut kata Ah Lek lagi, dipercayai untuk kegunaan latihan.

Ia merupakan kali kedua UPB terpaksa dipanggil di kawasan Petra Jaya dalam tempoh seminggu. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13410

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8131

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news