Bomba guna kaedah ‘water-bombing’ padam kebakaran hutan di Miri 0 5902

MIRI: Helikopter dari Unit Udara Bomba Miri menjalankan pemadaman kebakaran hutan dan tanah gambut melalui kaedah ‘water bombing’ kira-kira jam 10 pagi hari ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata kaedah itu digunakan kerana terdapat tiga tompokan besar asap tebal di Kuala Baram.

“Kaedah water bombing terpaksa digunakan kerana kita telah mengenal pasti sebanyak tiga tompok asap tebal iaitu lot 3709 (berhampiran Kompleks Kebajikan Hamidah di Permyjaya), lot 4041 dan lot 4042,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Law berkata pasukan bomba bersama kakitangan syarikat korporat akan melakukan pemadaman secara terus ke punca asap tebal di kawasan berkenaan.

Pasukan bomba bersama kakitangan NAIM melakukan persiapan untuk memadam kebakaran di darat.

Seramai 13 anggota bomba terlibat dalam operasi berkenaan termasuk enam kru udara melibatkan dua buah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah lori tanki.

Pasukan bomba bersama kakitangan NAIM melakukan persiapan untuk memadam kebakaran di darat.
Operasi pemadaman di darat turut dibantu pasukan sukarelawan bomba Naim seramai 11 orang.

Kawasan tanah gambut di Kuala Baram yang mengalami kebakaran membabitkan kawasan 331.4 ekar itu telah menyebabkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) naik mendadak.

Bacaan IPU bagi ILP Miri sehingga 6 pagi hari inimeningkat kepada 85 sementara SK Kuala Baram 2 (73) dan Miri (71). – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13009

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news