LAWAS: Tindakan seorang wanita dalam lingkungan 40an yang cuba terjun dari Jambatan Pengalih di sini, dipercayai untuk membunuh diri, berjaya dihalang oleh pasukan Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM), pagi tadi.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Lawas Zaki Husin berkata, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lawas diketuai Ladi Eni dikerahkan ke lokasi susulan menerima panggilan kecemasan pada jam 7.05 pagi.
“Ketika hadir pihak kami berjaya menangkap mangsa apabila berpeluang mendekati setelah berusaha memujuk serta menenangkan mangsa selama lima minit ketika kejadian,”katanya tadi.
Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Lawas menggunakan khidmat Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) bagi mendapati rawatan. Operasi ditamatkan pada jam 7.29 pagi.Selain bomba, turut berada dilokasi ialah anggota polis. – Utusan Borneo Online