BR1M akan dikurangkan sedikit demi sedikit – Dr M 0 5597

Kerajaan akan mengurangkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sedikit demi sedikit, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Portal The Malaysian Insight (TMI) dalam wawancara bersama Mahathir melaporkan langkah itu akan dilakukan beransur-ansur sebelum BR1M dihapuskan.

“Kita akan kurangkan sedikit demi sedikit apa yang kita berikan kepada mereka (BR1M) dan jelaskan kepada mereka apa objektif kita.

“Saya sentiasa cakap mengenai tongkat. Buanglah tongkat anda, berjalan di atas kaki sendiri. Barulah anda menjadi kuat dan anda akan jadi lebih baik.

“Jika anda hanya suap rakyat, mereka akan jadi lemah,” kata Dr Mahathir seperti dilaporkan TMI.

Beliau juga dilapor berkata pentadbiran kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak sebelum ini ‘memanjakan rakyat’ dengan memberikan mereka wang tanpa melakukan kerja.

“Najib memanjakan rakyat dengan membuatkan mereka fikir tanpa melakukan sebarang kerja kerajaan akan berikan wang kepada mereka.

“Sekarang kita tidak boleh berikan mereka wang kerana kita tidak mencuri wang, tetapi mereka masih mahu wang (BR1M).

“Tetapi rakyat masih mahukan BR1M. Mereka menjadi sangat bergantung kepada kerajaan dan ini adalah tidak baik. Mana-mana negara yang rakyatnya berasa kerajaan akan membayar wang walau tidak melakukan apa-apa, ia akan muflis,” katanya seperti dilapor.

Mahathir berkata, objektif kerajaan baru adalah untuk menyediakan peluang pekerjaan sebanyak mungkin menerusi pelaburan asing dan domestik.

BR1M mula diperkenalkan pada 2012 dengan pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah menerima RM1,200, manakala golongan berpendapatan antara RM3,000 dan RM4,000 menerima bantuan sebanyak RM900 setahun.

Individu berpendapatan RM2,000 ke bawah pula menerima sebanyak RM450.

Secara keseluruhannya, sebanyak RM6.8 bilion diperuntukkan dalam bajet tahun ini kepada 7.2 juta penerima.

Pakatan Harapan sebelum ini mengumumkan akan menggantikan BR1M apabila berjaya mengambil alih kerajaan selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Menurut Mahathir mekanisme untuk bantuan baru itu dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup Malaysia, namun setakat ini masih belum ada sebarang pengumuman berhubung perkara itu.

Peringkat ketiga bayaran Bantuan Sara Hidup 2018 dibuat sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha, termasuk peruntukan sebanyak RM1.6 bilion yang dibayar kepada 4.1 juta penerima. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15213

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8394

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news