Operasi basmi Rabies di Sarawak diperhebat 0 7857

KUCHING: Operasi membasmi wabak rabies di Sarawak akan diperhebat dengan operasi penangkapan dan penghapusan anjing liar serta vaksinasi, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkata satu operasi bersepadu menangkap, menghapus anjing berkeliaran termasuk yang berkolarberlesen dan tidak  berlesen akan dijalankan oleh Majlis Bandaraya KuchingSelatan (MBKS) dan Jabatan Perkhidmatan  Veterinar  Sarawak  di Tabuan Jaya, Tabuan Tranquility, Stutong,BDC, Tabuan Heights, Stampin dan HakkaAvenue bermula 1 hingga 30 Sept ini.

Selain itu, pemvaksinan secara besar-besaran untuk anjing akan dilakukan di Dewan Masyarakat MBKS pada 25 Ogos bermula 10 pagi hingga 2 petang, katanyadalam kenyataan di sini. Beliau berkata kaunter pendaftaran lesen anjing oleh pihak berkuasa tempatan jugaakan disediakan.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak membiarkan anjing lepas bebas atau membawa anjing keluar dari kawasan wabak rabies tanpa kebenaran bertulis daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri.

Mereka yang berbuat demikian boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi mengawal pergerakan anjing liar di kawasan wabak, kerajaan negeri akan mendapatkan bantuan Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Pasukan Gerakan Am Sarawak dan Jabatan Pengangkutan Jalan, katanya.

Uggah turut meminta pemilik anjing di kawasan wabak memastikan haiwan peliharaan mereka disuntik dengan vaksin anti-rabies.

Kegagalan berbuat demikian boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 40, Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999 yang memperuntukkan denda sehingga RM 2,500 dan anjing yang ditangkap tanpa bukti pemvaksinan anti-rabies boleh ditahan dan dimusnahkan,” katanya. – BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13423

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8133

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news