Brazil tiada masalah ke pusingan kedua Juarai Kumpulan E selepas kalahkan Serbia pada aksi terakhir 0 5470

MOSCOW – Juara lima kali, Brazil melangkah ke pusingan 16 pasukan terbaik Kejohanan Piala Dunia 2018 FIFA tanpa masalah selepas muncul juara Kumpulan E dengan menewaskan Serbia 2-0 pada aksi terakhir di Stadium Spartak, Moscow, Rusia awal pagi ini.

Brazil turun beraksi dalam pertemuan ini dengan hanya memerlukan keputusan seri untuk mara selepas terikat empat mata dengan Switzerland hasil satu kemenangan dan satu seri, namun mendahului kumpulan menerusi kelebihan jaringan.

Skuad The Seleção itu bagaimanapun berjaya mencatat kemenangan kedua hasil jaringan pemain Barcelona, Paulinho pada minit ke-36 dan tandukan Thiago Silva pada minit ke-68, sekali gus menghadiahkan tiga mata berharga buat wakil Amerika Selatan itu.

Keputusan ini menyaksikan anak buah Tite itu mara ke pusingan kalah mati selaku juara kumpulan dengan tujuh mata manakala Switzerland yang seri 1-1 dengan pasukan terbawah, Costa Rica mengiringi mereka di tangga kedua dengan lima mata.

Manakala Serbia, pasukan No. 34 dunia pula terpaksa pulang awal selepas berada di tangga ketiga kumpulan hasil satu kemenangan serta dua kekalahan, sekali gus gagal mengulangi pencapaian terbaik mendapat tempat keempat pada edisi 1930 dan 1960.

Brazil, pasukan No. 2 dunia pula turun dalam kempen di Rusia ini dengan misi menjulang gelaran keenam sejak kali terakhir melakukannya 16 tahun lalu di Korea Selatan/Jepun pada 2002.

Namun mereka bergelut pada awal kempen ini selepas seri 1-1 dengan Switzerland sebelum menang 2-0 ke atas Costa Rica hasil jaringan lewat pemainan.

Jaringan tersebut berjaya mengubah nasib Brazil daripada pulang awal seperti juara bertahan Jerman yang gagal melakar kemenangan pada aksi terakhir kumpulan.

Pada pusingan kedua nanti, Brazil akan berdepan naib juara Kumpulan F, Mexico malam Isnin depan manakala Switzerland pula akan berdepan juara kumpulan berkenaan, Sweden Selasa kemudian. – K! ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13470

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8145

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news