Buah Asam Bang Boleh hapuskan Sel Kanser Payudara 0 7390

Batu Pahat: Seorang saintis Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), dekat sini, berjaya menemui ekstrak daripada sejenis mangga liar dikenali buah asam bang  yang mampu membunuh sel kanser payudara.

Hasil kajian Prof Madya Dr Mohd Fadzelly Abu Bakar juga mendapati hampir 90 peratus populasi sel kanser payudara mampu dimusnahkan dalam tempoh 72 jam apabila ekstrak biji asam bang didedahkan kepada sel berkenaan, manakala kesan tindak balasnya boleh bermula dalam tempoh 48 jam.

Lebih membanggakan apabila kajian oleh Ketua Jabatan Teknologi dan Warisan, Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan UTHM itu sudah diterbitkan dalam jurnal antarabangsa tersohor berpangkalan di United Kingdom (UK), Food and Chemical Toxicology (FCT).

FCT memuatkan hasil kajian baharu berimpak tinggi dalam bidang makanan, perubatan dan kimia dari pakar seluruh dunia.

Asam Bang atau nama saintifiknya ‘mangifera pajang’ adalah dalam keluarga mangga, berasal dari Kepulauan Borneo dan tumbuh liar di hutan.

Asam Bang magnifera pajang, berbeza dengan asam kumbang atau nama saintifiknya, magnifera quadrifida yang terdapat banyak di Semenanjung.

Musim buah berkenaan adalah pada September atau Oktober dan ia selalunya digunakan oleh masyarakat Sabah dan Sarawak dalam masakan kari, jeruk serta sambal.

Ketika ditemui BH, Dr Mohd Fadzelly berkata, kajiannya bermula 2005 lagi ketika beliau bertugas sebagai pensyarah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) selepas tertarik dengan buah bambangan yang banyak di Sabah serta Kepulauan Borneo.
z
“Apabila mengikuti pengajian ijazah doktor falsafah (PhD) di University of Nottingham, UK bermula 2006. Saya membawa ekstrak bambangan dari Malaysia untuk projek tiga tahun.

Hasilnya amat menakjubkan apabila ekstrak dari biji buah itu mampu memusnahkan sel kanser payudara. 

“Apabila sel kanser dibiakkan dan ekstrak biji bambangan diletakkan padanya, seawal tempoh 48 jam didapati sel kanser payudara dapat dibunuh.

“Lebih menarik, dalam jam ke-72, didapati hampir 90 peratus populasi sel kanser payudara mati,” katanya.

Info: Asam Bang
– Pokok tinggi, buah gugur sendiri apabila matang
– Kulit coklat, isi kuning terang
– Rasa masam manis, punya serat banyak, kasar
– Isinya tinggi Vitamin C, beta karoten, anti oksida
Fakta nombor
– 0.5 hingga 1kg berat sebiji buah bambangan.
– RM93,200 geran disalurkan KPT untuk kajian lanjut.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15431

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8422

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news