Usaha angkat komunis sebagai pejuang Kemerdekaan ditemplak 0 5925

SIBU: Tindakan sesetengah pihak yang cuba mentafsirkan gerakan pengganas komunis sebagai perjuangan untuk kemerdekaan ditempelak oleh Pegawai Pemerintah Batalion ke-10 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sibu Supt Sanudin Md Isa.

Beliau mempersoalkan di mana asasnya tafsiran itu sehingga timbul cadangan supaya perjuangan komunis itu ‘dikongsi’ dalam sistem pendidikan negara.

“Kekejaman dan kezaliman yang mereka lakukan terhadap penduduk setempat malah mengorbankan nyawa sebilangan besar anggota pasukan keselamatan dan gerakan yang dilaksanakan tidak seharusnya diberi pertimbangan sedemikian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Sambutan Ulang Tahun ke-49 Batalion Ke-15 PPH/BN10 PGA Sibu di Kem Lanang di sini hari ini.

Sebaliknya menurut beliau, mereka yang harus dikenang dan disanjung tinggi adalah pahlawan dan kesatria termasuk anggota PGA yang sebelum ini dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan yang gugur mempertahankan kedaulatan negara ini daripada ancaman pengganas komunis..

“Dalam soal ini kita harus percaya tanpa mengira fahaman politik dengan penuh yakin bahawa perjuangan yang telah dilakukan oleh mereka yang gugur mempertahan kedaulatan bumi tercinta ini merupakan pahlawan dan kesatria negara yang perlu disanjung tinggi,” katanya.

Sebelum ini, aktivis Fadiah Nadwa Fikri menggesa kerajaan agar menilai semula buku teks sejarah dan memasukkan fakta mengenai perjuangan kemerdekaan oleh golongan berhaluan kiri termasuk Parti Komunis Malaya, (PKM).

Sanudin berkata majlis sambutan ulang tahun tersebut adalah untuk mengangkat kembali nama-nama wira BN10, yang dulunya dikenali sebagai BN15 PPH, yang terkorban ketika menentang komunis dari tahun 1963 sehingga 1983.

Mereka ialah Konstabel Edward Beti; Konstabel Mohd Salleh Main;  Konstabel Janang Munan; Konstabel Jabu Ajai; Superitenden Mohd Johnny Mustapha; Konstabel Nuing Saling; Konstabel Abang Masri Abang Noor; dan Konstabel Mohd Salleh Pariman.

“Tumpahan darah dan curahan keringat serta kepayahan dan keperitan mereka dalam perjuangan telah menghasilkan keharmonian dan kesentosaan hidup kepada kita hingga kini,” katanya.

Sepanjang tempoh berlakunya konfrontasi komunis, battalion tersebut telah berjaya membunuh seramai 62 pengganas.

Sanudin berkata, berikutan peristiwa berdarah 1 Mac 2013 di Lahad Datu, peranan PGA yang dikatakan sudah tidak relevan sebelum itu ditagih semula demi menjaga keselamatan negara ini.

Batalion tersebut yang telah mengarahkan ‘tiger platoon’ dari Platun Satu Kompeni A dan dibantu oleh satu platun dari Kompeni B di dalam Ops Daulat telah berjaya membunuh dua penceroboh tentera Sulu.

Seorang pegawai kanan dan dua anggota telah diberikan pangkat medan dan pingat di atas kejayaan tersebut.

Majlis sambutan itu diserikan dengan acara perbarisan, demonstrasi pertempuran jarak dekat, tarian perang dan pentomin oleh anggota BN10.

Di PEKAN,  Pengerusi Persatuan Veteran AngkatanTentera Malaysia (PVTM) daerah Pekan, Hamzah Ibrahim, 67, mempersoalkan tindakan segelintir anak muda masa kini mahu mengagungkan pengganas komunis.

“Sedangkan dalam sejarah telah tertulis, mereka merupakan musuh negara yang telah mencabut banyak nyawa bukan sahaja anggota keselamatan tetapi juga orang awam yang tidak berdosa,” katanya.

Beliau berkata generasi muda pada masa kini tidak seharusnya dengan mudah menerima hasutan daripada pihak tertentu.

Sebaliknya mereka perlu menghayati sejarah dan memahaminya kerana banyak pengorbanan telah dilakukan untuk membolehkan negara mengecapi kemakmuran pada masa kini.

Beliau bercakap kepada Bernama selepas Majlis Pelancaran Tabung Pahlawan Peringkat negeri Pahang di sini hari ini, yang disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Pegawai Daerah Pekan, Md Yusli Ibrahim Mohd Yunos.

Sementara itu, seorang pesara tentera, Abdul Rani Wok, 80, berkata tabung berkenaan amat bermakna kepada setiap pesara yang uzur kerana mereka mengharap bantuan dan sokongan bagi meneruskan sisa kehidupan

“Kami (veteran tentera) tidak meminta balasan terhadap pengorbanan yang dilakukan kepada tanah air tercinta, tetapi ingatan terhadap kami amat dihargai.

“Kenangan lalu memang memeritkan, namun apa yang telah kita genggam hari ini perlu dipertahankan. Tiada nilai yang boleh disamakan dengan kemerdekaan, kebebasan serta keamanan yang dinikmati kini,” katanya. – BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13391

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8127

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news