Buku Pandelela, Dewi diharap beri inspirasi kepada golongan muda 0 6699

KUCHING:Pelancaran buku mengenai dua ikon dunia Sarawak, Pandelela Rinong dan Dewi Liana Seriestha diharap dapat memberi inspirasi khususnya kepada golongan muda di negeri ini.

Pandelela merupakan penerjun negara atlet wanita pertama negara yang memenangi pingat perak pada Sukan Olimpik bagi acara terjun.

Manakala Dewi merupakan Ratu Cantik Dunia Malaysia dan peserta pertama dari Malaysia yang memenangi kategori Ratu Bakat Dunia pada pertandingan berprestij di London pada 2014.

Pandelela yang ditemui pada pelancaran buku tersebut berkongsi keterujaannya mengenai buku biografi tersebut yang pertama diterbitkan mengenai dirinya.

Penerjun negara yang berasal dari Kampung Jugan, Bau ini berkata buku berkenaan adalah mengenai usaha serta kepayahannya untuk berjaya dalam sukanterjun.

“Secara peribadi saya bersyukur atas terbitan buku mengenai biografi saya ini dan saya harap ia dapat memberi inspirasi kepada anak-anak muda di luar sana,” katanya.

Ditanya mengenai perancangan terdekatnya, penerjun berusia 25 tahun iniberkata beliau akan fokus kembali kepada latihan selepas bergelut dengan kecederaan pada Sukan Asia yang baharusahaja berakhir.

Pandelela dijadual akan menyertai Kejohanan Dunia di China, Rusia dan England pada 2019 ini dan kelayakan Olimpik di Tokyo 2020.Sementara itu, Dewi yang giat aktif dalam bidang nyanyian dan peragaan turut berharap buku ini akan memberi inspirasi untuk ramai lagi golongan muda mencapai cita-cita mereka.

“Buku ini banyak memaparkan perjalanan hidup dan kerjaya saya dengan gambar-gambar bermula daripada penglibatan awal saya dalam bidang seni.
.

“Buku ini adalah satu lagi pencapaian dalam kerjaya saya sebagai anak seni dan saya berharap ia akan dapat membantu saya ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Dewi dalam pada itu bakal mengeluarkan album bahasa Inggeris pada Oktober atau November ini untuk menembusi pasaran antarabangsa.

Dalam pada itu Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berbangga melancarkan kedua-dua buku tersebut.Pandelela dan Dewi katanya, membuktikan anak Sarawak bukan sekadar jaguh kampung tetapi jaguh dunia dalam bidang sukan dan seni. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15104

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8378

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news