Insiden pergaduhan cemari saingan bola sepak Sukma 0 7379

LUMUT: Perlawanan bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) edisi ke-19 antara Johor dan Terengganu dalam Kumpulan B, dicemari dengan layangan empat kad merah susulan tercetus pergaduhan pada aksi di Stadium Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim, petang Isnin.

Insiden pada masa tambahan (minit ke-90+4) itu berpunca selepas berlaku provokasi tolak menolak menyaksikan seorang pemain Johor dilihat mula menendang seorang pemain Terengganu sebelum keadaan menjadi tidak terkawal, seketika.

Malah, insiden tersebut juga menyebabkan seorang penjaga garisan yang cuba mententeramkan keadaan terjatuh setelah ditolak beberapa pemain.

Pengadil Mohd Afiq Ahmad Nadzir melayangkan kad merah kepada Mohamad Shafawi Mohamad dan Mohammad Rahmat Makasuf dari Terengganu, manakala dua kad merah kepada pemain Johor, Mohamad Hariz Kamarudin dan Nur Ismail Sukandar.

Perlawanan tersebut berakhir dengan Terengganu menang tipis 2-1 ke atas Johor.

Gol Terengganu, masing-masing dijaringkan Muhammad Ridzuan Mohd Razali dan Muhammad Izzan Syahmi Mustapa pada minit ke-28 dan ke-60 manakala gol sagu hati Johor menerusi Mohamad Hariz Kamarudin (minit ke-65).

Sementara itu, juara dua kali berturut-turut acara bola sepak Sukma, Perak terpaksa bekerja keras sebelum mencatat keputusan seri 1-1 menentang Perlis pada aksi kedua Kumpulan A di Stadium Majlis Perbandaran Manjung di sini malam tadi.

Perlis mendahului perlawanan apabila bola terkena pertahanan Perak, Muhamad Farid Nezal lalu menerjah ke gawang sendiri pada minit ke-30. Perak terpaksa menunggu sehingga minit ke-82 untuk menjaringkan gol penyamaan hasil tandukan penyerang gantian Muhammad Hafidz Ahmad Kamaruddin.

Satu lagi aksi Kumpulan A pada sebelah petang di venue sama, menyaksikan Sarawak dan Negeri Sembilan berkongsi satu mata, setelah terikat seri tanpa jaringan.

Aksi esok akan melibatkan perlawanan Kumpulan D, antara Selangor dan Pahang pada 4.30 petang di Stadium Majlis Perbandaran Manjung manakala Kedah akan bertemu Kelantan di Stadium TLDM pada waktu yang sama.

Bagi perlawanan Kumpulan C, Melaka akan bertemu Pulau Pinang di Stadium Mini Parit Buntar, pada 4.30 petang.– BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 14912

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8360

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news