Beliau sejak kecil lagi di ajar oleh ibu berniaga kecil kecilan di hadapan rumah dari bejual keropokz, gula-gula, rojak cina dan sotong tutok. Apa yang menariknya ketika masih berumur 9tahun beliau suddah Pandai mengeetok Sotong Tutok.
Kini beliau mengusahakan syarikat produksi sendiri iaitu KAMEK EMPUN PRODUCTION dan terkini membuka gerai burgernya sendiri iaitu HOUSE OF BURGER ABG JJ di jalan kulas utara satu, hanya di belakang Bank Islam satok.
Mohamad Ghazali bin Jeman atau lebih mesra dengan panggilan Jalot Jeman adalah seorang yang tidak asing lagi di sarawak dalam kerja seninya.
Dari berlakon teater sehinggalah ke kaca TV. Beliau juga seorang penulis skrip pentas dan TV, pengarah teater dan juga TV.
Apa yang cukup membangakan kini beliau mengorak selangkah lagi ke hadapan dengan membuka gerai burgernya sendiri.
Menurut Jalot yang yang telah ditemubual oleh wartawan, burger yang dijualnya amat berbeza dari burger-burger yang terdapat di sekitar kuching.
Sebelum beliau membuka gerai ini, beliau bersama isterinya telah pergi ke gerai-gerai burger yang ada disekitar kuching bagi mencari kelainan untuk burger yang akan di hasilkan kelak…
“saya ingin mencari kelainan rasa burger yang ada di kuching.. saya nak bagi orang sarawak makan burger yang paling sedap dan dengan harga yang mampu milik dan” katanya pada wartawan..
Selama sebulan beliau dan isteri membuat ujikaji untuk menembah baik rasa burger yang akan di jual kelak. Meneliti dari daging, roti, sos, sayur yang akan diadunkan menjadi burger.. “akhirnya saya menemui satu formula iaitu memasukkan cheezy sos kedalam campuran burger saya dan mengelarkan burger saya dengan nama Burger Cheezy Legend Abg JJ” katanya lagi.
Setelah berjaya mencari kelainan beliau dan isteri beliau telah membina sebuah pondok kecil di hadapan rumah dijalan kulas..
“Sebelum saya membuka gerai untuk hari pertama penjualan, saya promo burger saya di dalam FB dahulu dengan membuat video promo dalam durasi 40 saat.
Syukur alhamdulillah hasil dari promosi itu saya hanya mengambil masa 2 jam sahaja untuk menjual 10 bungkus roti pada hari pertama perniagaan ini di jalankan dan sehingga ke hari ini mendapat maklum balas yang positif daripada semua pelanggan yang membeli” katanya..
Mereka juga menggunakan perkhidmatan RUNNER (azim)
untuk pelanggan yang tidak dapat pergi ke gerai mereka. Kadar bayaran bergantung kepada jarak rumah dari gerai burger mereka..
“Saya hanya menjual 5 jenis menu burger sahaja, itulah perbezaan burger saya dari orang lain yang menjual sampai 20 menu yang berbeza.. terima kasih juga kepada syarikat USNA iaitu pengeluar daging tempatan yang melengkapkan burger saya”
Antara menu yang di jual oleh saudara Jalot Jeman ini adalah seperti berikut:
1. BURGER CHEEZY URANGMUDER 60 GRAM (USNA BEEF) RM4.50
2. BURGER CHEEZY PAKSAOK 80 GRAM (USNA BEEF) RM6.00
3. BURGER CHEEZY LEGEND 100 GRAM (USNA BEEF) RM8.00
4. BURGER CHEEZY URANGDARA 80 GRAM (USNA CHICKEN) RM6.00
5. BURGER CHEEZY HEROIN 65 GRAM (RAMLI)
Kini beliau di bantu oleh isterinya sendiri Puan Salbiah Lie yang menyediakan segala keperluan. Abang beliau sendiri Jafri Jeman dan seorang runner Adik Azim.
Harapan dan impain beliau apabila ditanya oleh wartawan, beliau ingin membuka kiosk sendiri di masa yang akan setanding dengan nama-nama. besar seperti KFC, MCD dan Sugarbun.
Kata-kata akhir dari Saudara jalot jeman kepada wartawan, kepada sesiapa warga sarawak khasnya warga kuching, datanglah singgah ke House of Burger Abg JJ untuk merasai dan menikmati sendiri perbezaan rasa B ke dua tiga empat kali – Utusan Sarawak