Abg Jo dengar taklimat penahanan rakyat Sarawak di Kemboja Isnin ini 0 6270

SIBU: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan menerima taklimat mengenai penahanan 44 rakyat Sarawak di sebuah penjara daerah di Kemboja, pada Isnin depan.

Menurutnya, pejabat Kementerian Luar di Kuching akan menghantar pegawai untuk memberi taklimat kepada kerajaan Sarawak susulan mesyuarat yang diadakan di Putrajaya hari ini.

“Saya belum terima apa-apa maklumat, tetapi pegawai akan berjumpa saya pada hari Isnin dan akan memberikan penerangan kepada saya.

“Sekarang (pegawai berkenaan) berada di Putrajaya. Hari ini ada mesyuarat di Putrajaya di (pejabat) Kementerian Luar,” katanya ringkas ketika ditanya mengenai perkembangan terkini isu berkenaan.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina di kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Datuk Tiong Thai King yang juga Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) di Jalan Tun Abang Haji Openg, hari ini.

Abang Johari dan rombongan merakam gambar kenangan bersama Tiong dan ahli keluarganya serta tetamu yang lain.
Abang Johari dan rombongan merakam gambar kenangan bersama Tiong dan ahli keluarganya serta tetamu yang lain.
Wisma Putra pada Khamis mengesahkan laporan penahanan 47 rakyat Malaysia di Poi Pet, Kemboja sejak 11 Disember tahun lalu.

Daripada kesemua mereka yang ditahan, 44 ialah dari Sarawak dan lebih kurang 10 orang adalah gadis muda yang berusia antara 18 hingga 20 tahun.

Menurut Wisma Putra, mereka ditahan atas pertuduhan menipu, membuka dan menjalankan aktiviti perjudian dalam talian secara haram.

Jelasnya, makluman penahanan tersebut hanya diterima secara lisan daripada pihak polis Banteay Meanchey pada 28 Disember lalu. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13003

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12476

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news