Buruh binaan terkejut terjumpa buaya di dalam longkang di Jalan Matang 0 7338

KUCHING: Seorang buruh binaan terkejut terjumpa seekor buaya sepanjang 9 kaki dan seberat 60 Kg di dalam longkang di Lorong Angrem di Taman Syn Syn sekitar jam 9.19 pagi tadi.

Susulan daripada penemuan, pihak APM telah dihubungi bagi menangkap buaya berkenaan.

Pihak APM yang telah sampai ke lokasi telah berjaya menangkap buaya berkenaan dengan kaedah menjerut, sebelum buaya berkenaan diikat.

Setakat ini buaya berkenaan telah pun dihantar ke Marang Wildlife Centre untuk tindakan selanjutnya.-Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12904

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12195

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news