Cabar Ali Biju Tampil Tunjukkan Bukti 0 6180

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Dato’ Mursyid Di Raja Dr Juanda Jaya mencabar ADUN Krian Ali Biju tampil menunjukkan bukti bahawa tanah yang disukat di bawah Seksyen 6 boleh di ambil balik oleh Kerajaan Sarawak.

Menurut beliau, sebelum mengeluarkan dakwaan sedemikian Ali Biju sepatutnya merujuk dan menyemak terlebih dahulu dengan pihak Jabatan Tanah dan Survei Sarawak dan juga pihak Kerajaan Sarawak.

“Ini sebenarnya dakwaan jahat daripada saudara Ali Biju yang sepatutnya semak dengan pihak land survey, semak dengan pihak Kerajaan bahawa tidak ada sebarang rekod setakat ini, berdasarkan tanah yang disukat pada Seksyen 6 diambil alih semula oleh pihak kerajaan.”

“Kalau dakwaan dia betul sila tunjukkan bukti, kita cabar dia.”

Beliau berkata demikian pada satu sidang media yang diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak selepas Persidangan Hari Ketiga Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke – 18 di sini hari ini.

Kata beliau lagi, usaha Kerajaan Sarawak menyukat tanah dengan menggunakan Seksyen 6 adalah untuk memastikan tanah – tanah yang dituntut oleh rakyat dapat ditanda lebih awal dan kemudiannya diselesaikan secara perseorangan melalui Seksyen 18.

“Sebab komuniti rumah panjang ramai dan kawasannya yang besar, persetujuan semua adalah diperlukan. Setelah ditentukan bahagian individu masing – masing, baru kita pergi ke Seksyen 18.”

Ali Biju mengeluarkan dakwaan tersebut semasa Persidangan Dewan Negara baru – baru ini.

Bagi Juanda, tindakan Ali tersebut dilihat sebagai satu percubaan untuk memecah belahkan rakyat di kampung dan juga di rumah panjang.
Bercakap di sidang media yang sama, ADUN Serembu Miro Simuh berkata sekiranya tanah yang ingin dituntut tidak bersempadan dan bertindih dengan tanah lain, maka tanah tersebut boleh diukur di bawah Seksyen 18. – TVSarawak.com

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13950

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13116

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news