Cabaran gaduh Bung: Willie jawab belum cuba belum tahu 0 5836

Kancah perbalahan antara dua wakil rakyat Sabah dan Sarawak berlarutan apabila ahli parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin mencabar ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin untuk ‘berlawan’.

Ini selepas Bung semalam menyoal Mongin jika dia mahu bergaduh dengannya semasa perbahasan isu pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Dewan Rakyat.

“Terlalu banyak kesilapan Kinabatangan di Parlimen, jika dia bertegas mahu bergaduh, saya terima cabarannya untuk satu lawan satu di gelanggang.

“Belum cuba belum tahu…

“Cuma beritahu tarikh dan masa YB Bung Mohtar,” ciapnya di Twitter semalam.

Sementara itu, Willie dalam hantaran berasingan di laman Facebook berkata, sudah lama terpendam dalam hatinya sepanjang penghayatannya dalam sesi Dewan Rakyat.

“Dari hari pertama (semalam) dan ke hari ini saya dalam dewan saya dengar perkataan-perkataan berikut dilemparkan kepada ahli-ahli dewan HARAPAN.

“Munafik, mabuk, bodoh, kepala bapak, ‘******k’ samseng….

“Dan hari ini lagi keluar “***k you” dan “kurang ajar”,” katanya.

Willie turut mempersoalkan mengapa pada sesi Dewan Rakyat sebelum ini, bila Bung Mokthar menuduh YB Jelutong sebagai seorang samseng, timbalan Speaker ketika itu, Datuk Ronald Kiandee tidak pun menyebut Peraturan Mesyuarat 36 (9) seperti yang dilakukannya semalam selaku ahli parlimen Beluran.

“Sebab itu, saya nyatakan dalam Dewan Rakyat… supaya YB Kinabatangan cermin diri dulu. Kalau tidak beliau ibarat ‘ayam jantan, berkokok berderai-derai ekor bergelumang tahi’,” katanya.

Episod kekecohan kedua-dua wakil rakyat itu tercetus sewaktu Bung Moktar bangkit mencelah Khairy Jamaluddin yang baru memulakan perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Cukai Jualan 2018.

Beliau menjelaskan mengenai harga barangan di Pasar Borong Selayang yang menurutnya lebih murah sewaktu dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebelum dicelah oleh Willie.

“Pergi kasinokah Kinabatangan?” soal pemimpin PKR itu yang merujuk kepada gambar tular berkaitan di media sosial.

Bung naik angin dan menjawab: “Apa ini? Biadab! Ini kurang ajar, tarik balik. Ini biadab. Memang kurang ajar. YB tak layak duduk sini. Samseng. What you want. You mau gaduh dengan saya?”

Thomas Su (HARAPAN-Kampar) kemudian bangun berkata Puncak Borneo cuma bertanya soalan. – Malaysiakini 

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15404

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8420

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news