Cari dadah, jumpa ‘patung seks’ 0 6390

MIRI: Satu unit ‘patung seks’ antara barangan ditemui dalam serbuan di sebuah rumah di bandar raya ini kelmarin, yang disyaki dijadikan lokasi ‘pesta dadah’.

Diperbuat menggunakan plastik silikon, patung berbentuk badan wanita itu ditemui lengkap berpakaian dalam keadaan mengghairahkan.

Turut ditemui, pelbagai peralatan menagih dadah, termasuk jarum suntikan yang sudah digunakan.

Ketua Sukarelawan Jawatankuasa Penduduk (JKP) Miri, Malateh Mohamad, berkata usaha membanteras penagihan dadah turut mendapat kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Miri dan agensi berkaitan, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM)

“Kita akan terus membantu AADK memerangi penularan kes dadah di wilayah utara negeri ini, terutama membabitkan golongan remaja dan belia,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Malateh berkata dua lelaki ditahan dan diserahkan kepada polis selepas dipercayai menceroboh sebuah rumah di Jalan Dato Permaisuri, malam tadi.

sementara itu, dua lagi individu berjaya melepaskan diri dipercayai rakan suspek.

Turut dijumpai ialah pelbagai barangan yang dicuri oleh suspek dari rumah mangsa.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13012

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news