Rompak pengawal keselamatan, lelaki direman 0 6233

SIBU: Seorang lelaki diberkas polis hari ini berhubung kes rompakan melibatkan seorang pengawal keselamatan yang cedera parah ditetak minggu lepas.

Suspek, 38, ditangkap oleh pasukan Bahagian Siasatan jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu diketuai Inspektor Baharuddin Sabang di Taman Sg. Merah pada 10.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, lelaki berasal dari Oya itu disyaki terlibat dalam kes rompakan seorang pengawal keselamatan di sebuah pondok di kawasan tanah perkuburan di Sungai Merah pada 6 April lalu.

“Hasil soal siasat, suspek mengaku terlibat dengan kes tersebut kerana menuduh mangsa mengambil wang miliknya yang disimpan di dalam beg tidak jauh dari pondok pengawal mangsa bekerja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, polis masih mencari barang kes iaitu sebilah parang yang digunakan dalam rompakan tersebut.

Katanya, suspek kini direman tujuh hari sehingga 20 April ini bagi membantu siasatan.

Difahamkan suspek mempunyai rekod jenayah berkaitan penyalahgunaan dadah.

Stanley berkata, suspek akan menjalani ujian saringan air kencing.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan kepada mangsa,” tambah beliau. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13005

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12478

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news