Ceroboh stor, dua lelaki disyaki mencuri ditangkap polis di Sibu 0 5881

SIBU: Polis berjaya menghalang dua lelaki tempatan yang cuba mencuri dengan menceroboh masuk ke sebuah stor penyimpanan barang-barang lori di Lorong 31 J/1, Ulu Sungai Merah di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, dua anggota polis MPV yang sedang membuat rondaan menerima maklumat daripada Pusat Kawalan IPD Sibu menyatakan terdapat individu memasuki stor tersebut yang masih berada di dalam.

“Bertindak atas maklumat, dua anggota polis dengan bantuan pasukan MPV telah membuat pemeriksaan dan mendapati dua lelaki sedang berada di dalam stor dan disyaki mencuri,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, dua suspek lelaki berumur 27 dan 31 tahun telah berjaya diberkas tanpa sebarang kekerasan.

“Polis kemudian merampas sebuah motosikal yang digunakan oleh dua suspek tersebut selain besi buruk yang dianggarkan seberat 30 kilogram sebagai barang kes,” katanya.

Kedua-dua suspek kemudian dibawa ke balai untuk tindakan dan siasatan lanjut. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13148

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12619

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news