Harga RON95 turun antara 20 sen hingga 27 sen selepas ‘debat hangat’ 0 5861

Harga bahan api RON95 mungkin turun antara 20 sen hingga 27 sen seliter, menurut laporan oleh akbar Cina, Oriental Daily.

Akhbar harian itu yang memetik sumber, melaporkan pengumuman itu dijangka dibuat oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Ketika ini, RON95 dijual pada harga RM2.20 seliter, RON97 pada RM2.50 seliter dan diesel pula RM2.19 seliter.

Menurut laporan itu, keputusan berkenaan dicapai selepas “perbahasan hangat” semasa mesyuarat jemaah menteri.

Ia berkata harga baru itu juga akan menangani kebimbangan yang dikemukakan oleh Persatuan Peniaga Minyak Malaysia (PDAM).

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan harga minyak baru akan diumumkan esok tetapi tidak mendedahkan harga berkenaan.

Katanya, keputusan mengenai harga bahan bakar tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat mingguan kabinet semalam.

“Seperti yang disebut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, harga petrol akan ditetapkan selepas mesyuarat dengan pihak berkepentingan selesai.

“Keputusannya sudah ada. Tunggu sahaja keputusan rasmi yang akan diumumkan selewat-lewatnya esok,” katanya.

Pada 24 Disember 2018, Lim mengumumkan bahawa harga petrol dan diesel akan ditentukan oleh sistem apungan mingguan bagi mencerminkan harga minyak mentah yang menurun.

Bagaimanapun, PDAM berkata peniaga petrol akan mengalami kerugian akibat langkah itu dan meminta peningkatan margin keuntungan yang dibenarkan oleh kerajaan.

Seterusnya, Lim mengumumkan penangguhan sistem harga baru sehingga kabinet menangani kebimbangan PDAM. Tarikh tutup ditetapkan sehingga esok. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13159

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12627

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news