Chelsea singkir anak buah Frank Lampard 0 5878

LONDON: Chelsea menyingkirkan Derby kendalian Frank Lampard daripada saingan Piala Liga awal pagi tadi untuk menempah tempat ke suku akhir.

Skuad kendalian Maurizio Sarri menang 3-2 dengan kelima-lima gol hadir di babak pertama, termasuk dua jaringan sendiri pemain Derby di Stamford Bridge.

Fikayo Tomori – pemain pinjaman dari Chelsea dan Richard Keogh membolosi gawang sendiri untuk memadamkan jaringan rakan sepasukan, Jack Marriot di awal babak pertama.

Anak buah Lampard bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-27 menerusi Martyn Waghorn sebelum Cesc Fabregas meledak gol kemenangan tuan rumah.

Lampard, antara bekas bintang terhebat Chelsea, merasakan skuad kendaliannya berhak mendapat keputusan seri berdasarkan peluang yang dicipta tetapi tetap menganggap dirinya bertuah kerana masih mampu menikmati kepulangan ke Stamford Bridge itu.

“Perbezaan antara kedua-dua pasukan adalah mereka menjaringkan tiga gol…sebenarnya kami jaringkan empat bukan? Saya berjenaka kerana saya bangga,” kata Lampard.

“Mereka sendiri berpendapat yang kami bermain dengan baik. Saya menghormati kelab ini, saya tidak perlu bercakap tentang kelab ini. Saya bangga dengan pemain-pemain saya.”

LAMPARD memeluk pemain Chelsea, Willian selepas tamat perlawanan. – Foto Reuters
Bekas pemain tengah England berusia 40 tahun itu disambut meriah pada kepulangan pertamanya ke Stamford Bridge sebagai pengendali.

Selepas cemerlang menewaskan pasukan kendalian bekas bosnya di Chelsea, Jose Mourinho menerusi sepakan penalti di Old Trafford, Lampard menyaksikan peluang mara ke suku akhir dicemari dua gol sendiri anak buahnya.

Timori tertampan bola ke gawang sendiri ketika cuba mengeluarkan hantaran lintang Davide Zappacosta pada minit kelima. Selepas Marriot menyamakan kedudukan empat minit kemudian, Keogh pula membolosi gawang sendiri pada minit ke-21, juga berpunca daripada hantaran Zappacosta. – AFP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ronaldo ledak gol ke-102 0 7791

Ronaldo ledak gol ke-102

LISBON: Cristiano Ronaldo semakin menghampiri rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman ketika juara Eropah, Portugal membelasah Andorra 7-0 dalam saingan persahabatan sebentar tadi.

Bintang Juventus itu masuk dari bangku simpanan untuk meledak jaringan ke-102 gol buat Portugal pada minit ke-85.

Bekas penyerang Iran, Ali Daei memegang rekod dengan 109 gol.

Portugal, yang meneruskan persiapan untuk mempertahankan Kejohanan Eropah tahun depan akan beraksi dalam Liga Negara-Negara berdepan Perancis awal pagi Ahad ini, mudah mengatasi Andorra. – Berita Harian

Spread the news

FAS mungkin tarik diri 0 5404

FAS mungkin tarik diri

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais menegaskan, pihaknya mungkin akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021.

Menurutnya, tindakan demikian terpaksa dilakukan sekiranya masalah kewangan dialami masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sedar pendekatan dilakukan bakal memberi tempias atau kesan terhadap pasukan yang beraksi dalam kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini.

“Mungkin kami akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021 sekiranya masalah kewangan yang dihadapi ketika ini masih gagal menemui jalan penyelesaian serta tiada pihak yang tampil untuk membantu.

“Memang tindakan berbuat demikian memberi tempias kepada pasukan yang berada di bawah naungan kita kelak,” jelas Datuk Posa kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Beliau menegaskan, tindakan menarik diri dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengelak musibah tersebut terus berpanjangan.

Musim ini lima pasukan di bawah badan induk berkenaan bersaing dalam liga anjuran FAM iaitu Sarawak United FC (Liga Premier), Sarawak United II Liga M3), Sarawak United III (Piala Presiden), Sarawak United IV (Piala Belia) dan Sarawak United (Liga Futsal FAM).

Justeru jika keputusan menarik diri terpaksa dilakukan maka secara automatik kesemua lima pasukan ini tidak boleh beraksi dalam sebarang kejohanan anjuran FAM.

Dalam pada itu katanya, pihak pengurusan FAS merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol atas sokongan yang diberikan kepada badan induk (FAS) selama – Suara Sarawak

Spread the news