Chong persoal kelewatan kerajaan Sarawak bayar RM350 juta 0 5756

KUCHING: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng Jen mempersoal kelewatan kerajaan Sarawak dalam pembayaran semula RM350 juta hutang kepada kerajaan persekutuan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu menegaskan, kerajaan Sarawak yang mendakwa mempunyai rizab sebanyak RM31 bilion pasti tidak mempunyai masalah untuk mengeluarkan RM350 juta pada bila-bila masa sahaja.

Namun, katanya, kerajaan Sarawak dilihat melambatkan pembayaran hutang RM350 juta itu.

“Mengapa kerajaan negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) melewatkan pembayaran? Adakah kerajaan GPS mempunyai masalah aliran tunai untuk mengeluarkan jumlah RM350 juta ini?

“Selepas banyak publisiti yang dibuat oleh kerajaan GPS bahawa ia akan mengeluarkan RM1 bilion untuk pembayaran pertama dan kemudiannya kerajaan persekutuan akan menggunakan wang tersebut untuk diperuntukan bagi naik taraf sekolah daif di Sarawak, kerajaan negeri kini hanya bercakap tentang pembayaran semula RM350 juta berbanding RM1 bilion yang dipersetujui sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Chong, walaupun hanya RM350 juta, wang itu tidak dapat diberikan.

Tegas beliau, jika GPS menghadapi kesukaran untuk mendapatkan wang tersebut, maka benarlah apa yang dikatakan Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebulan lalu mengenai kemungkinan Sarawak akan bankrap jika kerajaan GPS meneruskan cara membelanjakan wang negeri.

“Adakah kerajaan negeri GPS mempunyai masalah aliran tunai sehinggakan ia tidak dapat membuat bayaran balik RM350 juta hutang kepada kerajaan persekutuan untuk memudahkan peruntukan bagi membaik semula sekolah daif di Sarawak?,” soalnya lagi.

Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak menggesa kerajaan GPS mempercepatkan pembayaran semula hutang sebanyak RM350 juta supaya sekolah luar bandar daif boleh mendapatkan peruntukan tanpa dilengahkan lagi.

Jelasnya, ini adalah peluang untuk kerajaan GPS menebus dosa mereka yang dilakukan selama 56 tahun lalu.

Dalam pada itu, Chong mendakwa kecuaian dan kegagalan menjalankan tugas selama 56 tahun oleh GPS (dahulu Barisan Nasional Sarawak) telah menyebabkan Sarawak mempunyai 1,000 sekolah daif.

Tambahnya, hanya selepas PH mengambil alih kerajaan persekutuan tahun lepas, barulah GPS mula membuat tuntutan untuk penyelesaian segera masalah tersebut dan meminta kerajaan PH menyelesaikan masalah selama 56 tahun dalam tempoh satu atau dua tahun.

“Ia adalah mustahil bagi kerajaan PH menyelesaikan masalah ini dalam masa singkat terutamanya mengambil kira hutang trilion ringgit yang diwarisi kerajaan PH daripada kerajaan BN yang dianggotai GPS ketika itu.

“Atas permintaan kerajaan negeri, ia telah dipersetujui agar kerajaan negeri membayar balik hutang RM1 bilion kepada kerajaan persekutuan dan bayaran balik RM1 bilion ini akan diperuntukkan untuk membaik pulih sekolah daif di Sarawak,” jelasnya.

Menurutnya lagi, peruntukan tambahan ini merupakan peruntukan khas oleh kerajaan persekutuan sebagai tambahan kepada peruntukan operasi dan pembangunan tahunan bagi Sarawak.

“Sebenarnya, ia adalah luar biasa bagi penghutang untuk memberitahu pemuitang bahawa jika saya membayar anda wang, anda mesti menggunakan wang yang saya bayar itu untuk kegunaan saya.

“Inilah apa yang sebenarnya dituntut oleh kerajaan Sarawak. Ia sepatutnya membayar hutang yang dipinjamkan kepada kerajaan persekutuan, namun ia mengenakan syarat agar wang yang dibayarkan kepada kerajaan persekutuan mesti disalurkan untuk kegunaan Sarawak,” jelasnya.

Katanya lagi, walaupun syarat pembayaran balik sedemikian luar biasa dan tidak munasabah, kerajaan persekutuan akur demi kepentingan pelajar Sarawak di sekolah daif ini. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13192

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12655

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news