Dadah: 47 individu ditahan di Padawan 0 5962

KUCHING: Seramai 47 individu termasuk dua wanita ditangkap apabila disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah dalam satu operasi di sekitar Padawan.

Operasi bersepadu itu dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak secara serentak di seluruh negeri pada 21 Julai, bermula pukul 1 pagi hingga 12 tengah hari.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan DSP Merbin Lisa berkata kesemua suspek berusia yang antara 21 hingga 45 tahun, ditahan dalam beberapa serbuan di kawasan Padawan, Kota Sentosa, Matang dan Siburan.

“Dalam serbuan pertama yang dilakukan ke atas sebuah rumah di Kota Sentosa, polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 22 tahun dan hasil pemeriksaan menemukan beberapa jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM11,365.

“Suspek kemudian ditangkap dan turut disita sebuah motosikal milik suspek untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya dalam sidang media hari ini.

Difahamkan, suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 28 Julai dan turut disahkan positf dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Sementara itu, sembilan tangkapan juga direkodkan hasil daripada beberapa serbuan yang membawa kepada rampasan dadah dianggarkan bernilai RM859.50.

“Manakala seramai 37 suspek ditahan untuk siasatan kerana saringan awal urin diadapati positif pelbagai jenis dadah seperti Methamphetamine, Amphetamine dan Tetrahydoconnabinol (THC).

“Sampel urin tersebut akan dihantar ke unit Patologi Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk ujian lanjut dan jika didapati positif keputusan patologi, suspek akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat,” jelas Merbin.

Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan dan dadah yang dirampas juga akan dihantar ke Jabatan Kimia Kuching Sarawak bagi memastikan ketulenannya sebelum kes dibicarakan di mahkamah.

“Selain itu, kita juga mohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung aktiviti penyalahgunaan dadah untuk memaklumkan kepada kita atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran,” ujar Merbin. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13190

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12653

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news